MENGHADAPI DUNIA VUCA DALAM TAHUN 2022 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ARTICLE » MENGHADAPI DUNIA VUCA DALAM TAHUN 2022

MENGHADAPI DUNIA VUCA DALAM TAHUN 2022

MENGHADAPI DUNIA VUCA DALAM TAHUN 2022

 

Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA) telah mengatur strategi dan sentiasa bersedia dalam menghadapi dunia tidak stabil (volatility), tidak pasti (uncertainty), rumit (complexity) dan kabur (ambiguity). VUCA atau ‘The New Norm’ bukan perkara baharu, ia telah menjadi topik perbincangan dunia pada awal tahun 2000 lagi.  Penggunaan VUCA mula diperkenalkan oleh Kolej Perang Tentera Amerika Syarikat untuk menggambarkan keadaan dunia yang tidak stabil (volatility), tidak pasti (uncertainty), rumit (complexity) dan kabur (ambiguity). Kepelbagaian arah tuju ini adalah hasil daripada tamatnya perang dingin yang dipetik daripada sebuah kertas kerja oleh Sekolah Perniagaan, Kenan-Flagler University of North Carolina.

 

YBhg. Prof. Dr. Suhaimi Ab. Rahman, Pengarah Pusat Antarabangsa PUTRA telah menyarankan kepada Keluarga i-PUTRA untuk sentiasa bersedia menghadapi VUCA.  Dalam tempoh pandemik COVID-19, i-PUTRA telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi aspek mobiliti.  Tuntutan kreatif dalam mencari jalan menyelesaikan masalah, berdaya saing tinggi dan tidak cepat mengalah antara langkah untuk menawan ketidaktentuan dunia VUCA.

 

Pada tahun 2022, kesediaan dunia untuk kembali seperti sedia kala adalah belum pasti.  Justeru, dalam menghadapi ini, kesediaan dalam laksana tugas, aktiviti perlulah disusun strategi dengan teratur.  Tempoh 2 tahun sejak 2020, pelbagai kaedah telah dibuat bagi memastikan proses kerja dan aktiviti di i-PUTRA berjalan dengan lancar.  Dalam mendepani tempoh ini, antara mekanisme yang telah diambil oleh i-PUTRA adalah temujanji secara dalam talian bagi perkhidmatan kaunter visa dan pas, penghantaran dokumen bagi proses visa dan pas secara dalam talian, mesyuarat dalam talian dan webinar dalam talian.

 

VUCA Prime iaitu Model Kepimpinan Tingkah Laku yang diperkenalkan buat pertama kalinya oleh pada tahun 2007 oleh Robert Johasen menyatakan bahawa model ini boleh dijadikan panduan untuk mengatasi VUCA.  Terdapat empat elemen positif dalam model ini yang boleh diguna pakai sebagai asas untuk mengatasi kegusaran ketidak tentuan VUCA iaitu penetapan visi, kefahaman kepada visi, kejelasan dalam menangani rumit (complexity), dan ketangkasan (Agility).

 

Tahun 2022, keluarga i-PUTRA telah menyingkap pencapaian 2021 dan melakar strategi 2022 dengan harapan dapan mendepani dunia VUCA. Model kepimpinan tingkah laku secara tidak langsung telah diguna pakai dengan penetapan visi i-PUTRA, kefahaman keluarga i-PUTRA terhadap visi, kejelasan dan ketangkasan menghadapi perubahan, tuntutan dalam menghadapi perkembangan baharu yang bakal muncul.

 

Disediakan oleh: Puan Noraihan Noordin (Ketua, Pusat Antarabangsa PUTRA)

Date of Input: 31/01/2022 | Updated: 31/01/2022 | sitiafiqah

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdOAB~