LAWATAN DELEGASI DARI TEHRAN UNIVERSITY OF MEDICAL SCIENCE (TUMS) KE UPM | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » LAWATAN DELEGASI DARI TEHRAN UNIVERSITY OF MEDICAL SCIENCE (TUMS) KE UPM

LAWATAN DELEGASI DARI TEHRAN UNIVERSITY OF MEDICAL SCIENCE (TUMS) KE UPM

Jumaat, 24 Julai 2022, UPM telah menerima delegasi dari Tehran University of Medical Science (TUMS), Iran. Delegasi ini diketuai oleh Dr. Arman Zargaran, Director of International Affairs Development, Dr. Ardalan Shariat, Head of International Marketing Office dan Mr. Mir Mohammad Reza Seyed Hassani, International Marketing Officer.

 

Perbincangan dua hala ini telah di pengerusikan oleh Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor Perhubungan Industri dan Masyarakat. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman, Pengarah, Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA), Prof Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin, Pengarah, Pusat Perhubungan & Rangkaian Industri (CiRNeT), Prof. Madya Dr Michael Kh Ling, Jabatan Sains Bioperubatan, Prof. Madya Dr. Cheah Pike See, Jabatan Anatomi Manusia, Prof. Madya Dr. Rajesh Ramasamy, Ketua Jabatan Patologi, Prof. Dr. Manohar Arumugam, Jabatan Ortopedik, Puan Ida Suhaila Md Tahir dan Cik Nadia Zawani Hussin dari i-PUTRA.

 

Mesyuarat ini turut membincangkan mengenai pembaharuan MOU yang telah dimeterai sebelum ini dan mereka berhasrat untuk mengadakan kerjasama baharu bagi program dwi ijazah, pertukaran kakitangan dan pertukaran pelajar. TUMS dengan tangan terbuka mengalu-alukan kakitangan dan pelajar UPM untuk menyambung pengajian di TUMS dan mempelajari budaya Iran. Sesi yang bermanfaat ini telah menjadi pengikat semula kepada kerjasama sediada dan membuka potensi dalam kerjasama masa hadapan.

 

 

 

 
 

Tarikh Input: 30/07/2022 | Kemaskini: 30/07/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEeLAl~