INTEGRITY INFO NO.1/2026 - SUMMARY OF DISCIPLINARY CASES IN 2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA) intl
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INTEGRITY INFO NO.1/2026 - SUMMARY OF DISCIPLINARY CASES IN 2025

INTEGRITY INFO NO.1/2026 - SUMMARY OF DISCIPLINARY CASES IN 2025

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan laporan pelanggaran tatakelakuan tahun 2025, terdapat sebelas (11) kes tatatertib yang direkodkan. Ringkasan jenis kes salah laku dan hukuman adalah seperti berikut :

  1.  tiga (3) kes pemalsuan tuntutan bayaran kerja lebih masa;
  2. dua (2) kes tidak hadir bertugas (tanpa cuti/ tanpa kebenaran/ tanpa sebab yang munasabah/ ketidakhadiran yang tidak dapat dikesan);
  3. dua (2) kes tidak bertanggungjawab dan cuai dalam melaksanakan tugas;
  4. dua (2) kes jenayah;
  5. satu (1) kes salah guna kuasa; dan
  6. satu (1) kes pemalsuan surat pelantikan;

3.   Untuk makluman, keputusan dan hukuman tatatertib yang telah dikenakan kepada pegawai berkenaan adalah seperti berikut:

  1. dua (2) kes - Amaran dan Denda (pelucutan tiga (3) hari emolumen);
  2. satu (1) kes - Turun Gaji (turun 3 pergerakan gaji); dan
  3. satu (1) kes - Tidak bersalah;

 

Manakala bagi lima (5) kes lagi telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bagi penentuan kes prima facie dan akan dikemukakan untuk pertimbangan representasi dan penentuan hukuman pada tahun 2026. Seterusnya, baki dua (2) kes lagi sedang dalam tindakan pihak mahkamah dan Jabatan Peguam Negara.

4.   Sehubungan itu, warga UPM diingatkan agar sentiasa menghayati Prinsip Etika Kerja dan Nilai-Nilai Murni UPM serta menjaga tatakelakuan seperti yang digariskan dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

5.   Semua Ketua Pusat Tanggungjawab dan Penyelia bertanggungjawab untuk terus menjalankan pemantauan, kawalan dan pengurusan tatatertib ke atas pegawai bawahan masing-masing dan membuat laporan segera jika terdapat pelanggaran etika dan peraturan. Adalah diingatkan bahawa Peraturan 21, Jadual Kedua, Bahagian II, Akta 605 menyatakan bahawa :

 

21(1) – Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya dan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi apa-apa pelanggaran peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

 

21(2) – Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

 

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

 

Updated:: 09/03/2026 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
W, (09:55:15pm-10:00:15pm, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]