12 Oktober 2019 : Pelajar Mobiliti UPM Berkayak @ Tasik Putrajaya | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 12 Oktober 2019 : Pelajar Mobiliti UPM berkayak @ Tasik Putrajaya

12 Oktober 2019 : Pelajar Mobiliti UPM berkayak @ Tasik Putrajaya

PUTRAJAYA, 12 Oktober 2019. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan sebuah aktiviti rekreasi bagi para pelajar antarabangsa. Aktivti kayak yang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya ini disertai seramai 16 orang pelajar, 2 orang pelajar wakil buddies association dan 2 orang pegawai pengiring.

Program dimulakan dengan para peserta mendengar taklimat keselamatan diikuti dengan  kelas teori pengenalan kepada jenis kayak dan canoe, jenis pedal dan peralatan semasa berkayak. Para peserta juga berpeluang melihat dan merasai sendiri semua jenis kayak yang digunakan bagi sukan kayak di peringkat antarabangsa.

Program selama setengah hari ni telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kayak berpasangan, kayak solo dan mini marathon.

Salah seorang pelajar Phd Mina Balouchi dari Iran, berkata ini adalah kali pertama beliau berpeluang merasai aktiviti berkayak dan berharap aktviti seperti ini dapat diteruskan lagi kerana bagus untuk kesihatan minda.

"Aktiviti ini membuatkan saya begitu teruja dan sangat menenangkan, jika berpeluang lagi saya akan berkayak pada setiap minggu," katanya.

        

 

 

Selepas tamat aktiviti, para peserta menerima sijil penghargaan dari pihak Kelab Tasik Putrajaya kerana telah berjaya menamatkan kelas asas kayak ini. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada para pelajar  untuk menjalankan aktiviti yang lebih banyak dan mendapat maklumat untuk menjalankan aktiviti pada hujung minggu. 

Tarikh Input: 06/11/2019 | Kemaskini: 06/11/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEUIAu~