15 Januari 2019: Lawatan Delegasi Daegu Catholic University (DCU), Korea | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 15 Januari 2019: Lawatan Delegasi Daegu Catholic University (DCU), Korea

15 Januari 2019: Lawatan Delegasi Daegu Catholic University (DCU), Korea

  

SERDANG, 15 Januari. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi dari Daegu Catholic University (DCU), Republik Korea bagi membincangkan peluang kerjasama antarabangsa dengan pihak UPM. Lawatan tersebut diketuai oleh En. Song Doojin, Pengarah Pejabat Program Antarabangsa DCU bersama dua orang Pengurus Program, Cik Jang Suhyun dan Cik Kwon. Turut hadir sama bagi sesi perbincangan adalah Prof. Madya Dr. Noritah Omar, Timbalan Pengarah i-PUTRA, Dr. Masni Mat Yusoff, Pensyarah dari Fakulti Teknologi dan Makanan, Puan Saliza Mustafa, Ketua Bahagian i-PUTRA serta Cik Nadia Zawani Hussin dari Seksyen Mobiliti.

  

Timbalan Pengarah i-PUTRA UPM, Prof. Madya Dr. Noritah Omar, berharap lebih ramai pelajar dari dapat mengambil peluang daripada inisiatif kerjasama ini. “Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan DCU, Korea ini, bukan sahaja jumlah pelajar dari Korea turut meningkat malahan menarik lebih ramai pelajar UPM untuk menjalani program pertukaran pelajar di Korea,” tegas beliau.

Diharapkan kerjasama ini dapat menarik lebih ramai pelajar kedua-dua buah institusi untuk menjalani program pertukaran pelajar (mobiliti dan kajian) dan juga pelbagai peluang pengantarabangsaan yang lain.

Tarikh Input: 18/01/2019 | Kemaskini: 18/01/2019 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdUAW~