15 Ogos: Audit Dalaman 5S | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 15 Ogos: Audit Dalaman 5S

15 Ogos: Audit Dalaman 5S

 

SERDANG, 15 Ogos. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), telah mengambil inisiatif untuk menjalankan audit dalaman dalam pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di i-PUTRA. Audit ini bertujuan untuk menilai tahap persediaan i-PUTRA bagi menyertai pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) sempena Hari Kualiti dan Inovasi (HKIP) 2018.

Dua orang auditor dari PTJ luar telah dilantik dari Jawatankuasa Audit 5S PTJ masing-masing untuk mengaudit mengikut kriteria-kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Audit 5S UPM. Puan Zaidina Mohd Daud dari Fakulti Sains dan Encik Mohd Sahrizan bin Mat Yatim dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dipertanggungjawabkan untuk menilai tahap persediaan 5S i-PUTRA.

Proses audit telah berlangsung sepanjang hari dan dimulakan dengan mengaudit fail 5S. Selepas itu, auditor telah dibawa ke kawasan-kawasan seperti yang telah diberikan dalam garis panduan kriteria-kriteria 5S UPM.

Auditor telah memberi nasihat untuk penambahbaikan kepada i-PUTRA dan diharapkan markah yang diberikan oleh auditor melayakkan i-PUTRA untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) sempena Hari Kualiti dan Inovasi (HKIP) 2018 yang akan berlangsung pada 2 November 2018 nanti.

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXETJA1~