17 Januari: Lawatan Rasmi Delegasi Dari University Of Groningen, Belanda | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 17 Januari: Lawatan rasmi delegasi dari University of Groningen, Belanda

17 Januari: Lawatan rasmi delegasi dari University of Groningen, Belanda

SERDANG, 17 Januari. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi dari University of Groningen, Belanda bagi membincangkan peluang kerjasama dengan pihak UPM.

Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Tim Zwaagstra, Program Manager Southeast Asia, Department for International Strategy & Relations, University of Groningen. Beliau amat berharap dapat merekrut pelajar dari Malaysia dan UPM khasnya ke University of Groningen bagi program pertukaran dalam bidang kajian di peringkat pascasiswazah.

Pengarah i-PUTRA UPM , Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim, berharap lebih ramai pelajar dari Belanda dapat mengambil peluang daripada inisiatif kerjasama ini. Koordinator mobilit dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Dr. Adilah Abd Razak turut sama hadir bagi memastikan program pertukaran ini dapat dijalankan selaras di fakult kedua-dua institusi.

“Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan Groningen University ini, bukan sahaja jumlah pelajar dari Belanda turut meningkat malahan menarik lebih ramai pelajar UPM untuk menjalani program pertukaran belajar di Belanda,” tegas beliau.

Diharapkan kerjasama ini dapat menarik lebih ramai pelajar kedua-dua buah institusi untuk menjalani program pertukaran pelajar (mobiliti dan kajian) dan juga pelbagai peluang pengantarabangsaan yang lain.

Tarikh Input: 11/04/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEYKAB~