19 Mac 2019: Lawatan Dari Grand Ta’alim Olam, Uzbekistan | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 19 Mac 2019: Lawatan dari Grand Ta’alim Olam, Uzbekistan

19 Mac 2019: Lawatan dari Grand Ta’alim Olam, Uzbekistan

SERDANG, 19 Mac. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima pelawat dari Grand Ta'alim Olam, Uzbekistan bagi membincangkan peluang kerjasama antarabangsa dengan pihak UPM.

Delegasi tersebut terdiri daripada wakil pengurusan muassasasi iaitu En. Muzaffar Sattiev selaku pengarah muassasasi dan diiringi oleh beberapa pegawai iaitu En. Ikhlosiddin Urmanov, En. Azimjon Qodirov, En. Murod Sakhaev dan En. Umidjon Yorkulov. Turut hadir sama bagi sesi perbincangan ini adalah Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Pengarah i-PUTRA dan Puan Saliza Mustafa, Ketua Bahagian i-PUTRA.

Melalui ucapan TNC (A&A) UPM, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, beliau berharap lebih ramai pelajar dapat mengambil peluang daripada inisiatif kerjasama ini. "Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan Grand Ta'alim ini, bukan sahaja jumlah pelajar dari Uzbekistan meningkat malahan boleh menarik lebih ramai pelajar UPM untuk menjalani program pertukaran pelajar di Uzbekistan," tegas beliau.

Diharap kerjasama ini dapat menarik lebih ramai pelajar kedua-dua buah institusi untuk menjalani program pertukaran pelajar (mobiliti dan kajian) dan juga pelbagai peluang pengantarabangsaan yang lain. 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 20/03/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXETWAV~