22 Julai 2019: Oasis Buddies Jamboree 2019 | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 22 Julai 2019: Oasis Buddies Jamboree 2019

22 Julai 2019: Oasis Buddies Jamboree 2019

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, UNIVERSITI MALAYA. Universiti Putra Malaysia telah berkolaborasi dengan Universiti Malaya untuk program 5 hari yang melibatkan ahli buddies di setiap universiti dan sebanyak 19 universiti awam telah terlibat pada tahun ini dengan bertemakan "Oasis Buddies Jamboree 2019" dengan objektif " Membentuk Pemimpin Global."

Setiap pasukan Universiti terdiri daripada 5 peserta dan seorang pegawai pengiring. Persatuan Buddies UPM telah diwakili oleh En. Aiezat, En. Safar, Cik Fatima, Cik Hannah dan Cik Aina dan mereka diiringi oleh En. Syafiq Hariz Mohd Hanafiah, pegawai dari Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) dan merupakan koordinator untuk Persatuan Buddies.

Program yang berlangsung selama 5 hari ini bermula pada 22 Julai dan berakhir pada 26 Julai 2019. Pelbagai aktiviti dan program yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini. Pada hari akhir program, telah diadakan penyampaian anugerah kepada para pemenang dan wakil dari Persatuan Buddies UPM, En. Safar dan Cik Fatima telah memenangi “tempat ke-3 untuk pertandingan mereka t-shirt terbaik” dan “peserta wanita terbaik” untuk Buddies Jamboree 2019.

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan diantara ahli Persatuan Buddies di setiap universiti awam dan pada masa yang sama para peserta dapat menimba pengalaman yang sangat berharga dan dikenang sepanjang zaman. Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Buddies Jamboree pada tahun 2020.

Jumpa anda di sana!

 

Tarikh Input: 05/08/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdKAX~