23 Ogos 2019 : Lawatan 5S Dari Sekolah Pengajian Siswazah | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 23 Ogos 2019 : Lawatan 5S dari Sekolah Pengajian Siswazah

23 Ogos 2019 : Lawatan 5S dari Sekolah Pengajian Siswazah

SERDANG, 23 Ogos 2019 Sekolah Pegajian Siswazah (SPS)  telah mengadakan Lawatan 5S di i-PUTRA dengan kehadiran seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa Induk 5S SPS. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian berkenaan pelaksanaan Amalan 5S di Pejabat i-PUTRA.  Selain itu, ianya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat dalam menjayakan program 5S di pejabat PTJ.  Program lawatan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai i-PUTRA.  Kemudian, satu taklimat ringkas tentang latar belakang, pelaksanaan amalan 5S dan aktiviti 5S di i-PUTRA yang disampaikan oleh Pn. Ida Suhaila Md Tahir, selaku Penyelaras 5S i-PUTRA.

Program lawatan ini diteruskan dengan memperkenalkan kepada para peserta zon-zon yang dibangunkan oleh i-PUTRA yang dimulakan dengan Zon A, Zon B dan Zon C. Lawatan seterusnya staf SPS dibawa ke bilik aktiviti i-PUTRA, Kaunter Visa dan Pas dan seterusnya melawat ke ‘Envirogreen’ di hujung bangunan i-PUTRA.

 

 Taklimat 5s dari Penyelaras i-PUTRA

 

 

Lawatan ke Zon-zon

 

 

 Bilik Aktiviti i-PUTRA

 

 

 

‘Envirogreen’

 

Sepanjang lawatan ke zon-zon, sesi soal jawab dan perkongsian dari peserta amat memberangsangkan dan sedikit sebanyak pihak i-PUTRA dapat mengutip pandangan dan idea daripada pihak luar. Program ini tamat pada jam 11.00. i-PUTRA amat berbesar hati dengan kunjungan pihak SPS dan diharap dengan lawatan tersebut dapat mewujudkan kerjasama lain pada masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 11/10/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZQAd~