SERDANG, 25 - 26 Jun. Program ini telah dijalankan oleh i-PUTRA dan perwakilan dari Sri Lanka diterajui oleh Seksyen Jalinan Global i-PUTRA. Program ini disertai oleh 10 orang delegasi yang terdiri daripada pengarah-pengarah dan ahli dalam sektor perbankan di Sri Lanka.
Program ini telah dianjurkan i-PUTRA selama dua hari. Program pada hari pertama diisi dengan membawa delegasi ke sebuah bank di Malaysia di mana Agro Bank Malaysia telah menjadi pilihan untuk mengadakan sesi lawatan disamping melihat sendiri pengendalian dan pengurusan bank di Malaysia yang mungkin boleh dijadikan titik tambah dalam memacu sesebuah bank di Sri Lanka.
Program pada hari kedua merupakan program ‘brainstorming’ dimana delegasi diberi ruang untuk mendengar syarahan dan menjana idea untuk penambah baikkan sektor perbankan di Sri Lanka.
Tarikh Input: 09/07/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia