27 Julai : Lawatan Ke Bahagian Kaunseling UPM | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 27 Julai : Lawatan ke Bahagian Kaunseling UPM

27 Julai : Lawatan ke Bahagian Kaunseling UPM

SERDANG, 27 Julai. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA) telah mengadakan satu lawatan penanda aras 5S di Bahagian Kaunseling Universiti, UPM (BKU). Tujuan lawatan  ini diadakan adalah untuk melihat kemudahan dan konsep Bilik Terapi yang disediakan oleh BKU. Lawatan ini disertai oleh lima orang wakil dari Jawatankuasa 5S Pusat Antarabangsa yang diketuai oleh Puan Ida Suhaila Md Tahir.

”Diharapkan dengan adanya lawatan penanda aras ini, pihak kami dapat mempelajari dan menambah baik perkhidmatan yang diberikan untuk keselesaan staf dan pelajar”, Pn.Ida Suhaila Md Tahir.

Lawatan itu mengambil masa selama dua jam dimana wakil i-PUTRA di bawa melawat kawasan pejabat dan sekitar BKU. Selain itu, sesi taklimat dan penerangan dari pihak BKU turut diberikan serta sesi perkongsian pengetahuan untuk tujuan tambah baik turut di adakan.

   

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXETKAQ~