28 Oktober 2019 : Study Visit Dari Universitas Tadulako, Palu, Indonesia | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 28 Oktober 2019 : Study Visit dari Universitas Tadulako, Palu, Indonesia

28 Oktober 2019 : Study Visit dari Universitas Tadulako, Palu, Indonesia

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) telah menerima lawatan pembelajaran (study visit) dari palajar Universitas Tadulako, Palu, Indonesia pada 28 Oktober hingga 1 November 2019. Seramai 6 pelajar dan 5 pegawai universiti telah menyertai lawatan pembelajaran kali ini dan ini merupakan lawatan kali ke-2 dari universiti yang sama semenjak tahun 2018.

   

Pihak i-PUTRA juga telah menyusun atur program mengikut kesesuaian dan latar belakang pelajar melalui kepelbagaian aktiviti lapangan serta mempelajari budaya masyarakat Malaysia. Melalui program ini peserta berpeluang mempelajari asas komunikasi dalam Bahasa Melayu dan silang budaya di Malaysia secara kontekstual.

Pada hari pertama, peserta telah di bawa ke i-PUTRA untuk diberi taklimat ringkas berkaitan program yang akan dijalankan dan latar belakang UPM Oleh Pn. Fairuz Muchtar Bawaze’er, Ketua i-PUTRA. Kemudian mereka telah melawat ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Mereka telah diberi taklimat ringkas berkaitan latar belakang Perpustakaan seterusnya dibawa ke sekitar Perpustakaan untuk melihat suasana sebenar di dalam Perpustakaan. Di akhir program, peserta telah di bawa ke Penerbit UPM untuk membeli cenderahati dan buku-buku ilmiah sebagai buah tangan.

       

   

Peserta juga telah diberi merasai makan tengahari berkonsepkan tradisional melayu di mana mereka akan makan secara bersila dan semua makanan dihidangan di dalam rumah melayu (Negeri Sembilan). Antara menu yang dihidangkan daging salai lemak cili api, ikan goreng berlado, sayur campur dan buah-buahan.

   

Di sebelah petang peserta telah mengikuti Cultural Class selama 2 jam yang dikendalikan oleh Guru Bahasa dari Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa UPM. Melalui pembelajaran ini, peserta dapat mempelajari bahasa melayu dan adat budaya masyarakat melayu di Malaysia.

  

Pada hari kedua peserta telah mengikuti lawatan ke Muzium Istana Negara, KLCC, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dan Pasar Seni. Semua peserta dapat melihat peninggalan atau sejarah Yang Dipertuan Agong seterusnya mencuba tarian tradisional yang dipertunjukkan di Matic.

     

  

Seterusnya pada hari ke-3, sebelah pagi peserta dibawa melawat ke Putrajaya dan Batu Caves manakala sesi perkongsian bersama buddies UPM telah diadakan pada sebelah petang. Peserta juga telah mencuba makanan popular di Malaysia iaitu Satay Willy.

     

Pada hari ke-4 semua peserta telah di bawa ke Mitsui Outlet, KLIA sementara menunggu waktu penerbangan balik ke Palu, Indonesia.

Tarikh Input: 26/11/2019 | Kemaskini: 26/11/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEUOAZ~