30 Ogos: Rombongan Total Mind Learning, Indonesia | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 30 Ogos: Rombongan Total Mind Learning, Indonesia

30 Ogos: Rombongan Total Mind Learning, Indonesia

SERDANG, 30 Ogos – Pusat Antarabangsa UPM telahpun sekali lagi menerima lawatan dari sekumpulan pelajar asing. Kali ini, rombongan yang diterima berasal daripada sebuah organisasi Home-schooling, Total Mind Learning, daripada Indonesia. Delegasi rombongan terdiri daripada 4 orang pelajar dan dua orang pengiring. Apa yang menarik adalah, Salah seorang pengiring, Ms Hannah Daria Nusman, merupakan bekas pelajar Mobiliti UPM pada sesi Semester 2 2017/2018.

 

Lawatan ini diadakan bagi memberikan pelajar-pelajar ini pendedahan kepada suasana Institut Pengajian Awam di Malaysia. TML indonesia telah memilih dan menyarankan Universiti Putra Malaysia antara salah sebuah universiti yang boleh dijadikan prospek pegajian tinggi pelajar-pelajar mereka.

Dalam jangka lawatan mereka, beberapa slot program telah diatur bagi memberikan gambaran sebenar dan potensi UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi. Kedatangan mereka disambut oleh Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Mobiliti, Cik Nadia Zawani Hussin.

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Antarabangsa UPM, para pelajar dan pengiring diberikan pengenalan terhadap UPM dan informasi yang signifikan. Mereka turut didedahkan kepada langkah-langkah dan keperluan bagi mendaftar ke program prasiswazah yang ditawarkan UPM. Selesai sesi pebentangan, sesi soaljawab diadakan bagi membenarkan lebih banyak perkongsian maklumat.

Selesai makan tengahari, para delegasi diberikan peluan keemasan untuk melawat konti Radio Putra FM. Di sana, kedatangan mereka disambut baik oleh Dr. Mohd Nizam Osman yang merupakan Penyelaras Makmal Penyiaran Radio. Di Putra FM, mereka diberikan pelbagai pendedahan mengenai operasi sebuah konti radio. Mereka juga turut berpeluang ke udara dengan salah seorang DJ di PutraFM, DJ Zalie.

Perhentian akhir lawatan mereka dalah ke Fakulti Kejuruteraan. Lawatan ke fakulti tersebut diselia oleh Dr Syazwani Idrus,    Pensyarah Kanan dan koordinator mobiliti bagi fakulti tersebut. Semasa taklimat dijalankan, mereka dikejutkan dengan lawatan oleh Timbalan Dekan Pengajian Pasca Siswazah merangkap Ketua Unit Mobiliti Fakulti Kejuruteraan, Prof Dr Wan Zuha Wan Hasan. Di Fakulti ini, mereka diberikan pendedahan terhadap makmal dan peralatan yang digunakan semasa proses kuliah dan amali.

Tarikh Input: 20/09/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXETFAF~