3 Julai: Lawatan Dari Dalian University Of Technology, China | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 3 Julai: Lawatan dari Dalian University of Technology, China

3 Julai: Lawatan dari Dalian University of Technology, China

SERDANG, 3 Julai – Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Univesiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan dari Dalian University of Technology, China bagi membincangkan peluang kerjasama dengan pihak UPM.

Lawatan tersebut diketuai oleh Prof. Xia Feng, Timbalan Dekan, Sekolah Perisian bersama Cik Annabelle, Pengurus Program. Beliau bekata institusi pengajian tinggi awam di Malaysia menjadi pilihan utama pelajar di China disebabkan pendidikan yang ditawarkan adalah bertaraf dunia.

“Malaysia mempunyai institusi pengajian tinggi awam yang berprestij dan UPM merupakan salah sebuah universiti yang tersenarai.”ujar beliau.  

Pengarah i-PUTRA UPM – Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim berkata jumlah pelajar dari China yang menjalani program mobiliti di UPM mendominasi jumlah pelajar dari negara lain dan meningkat saban tahun.

“Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dengan Dalian University of Technology dapat meningkatkan jumlah pelajar, penyelidik, pensyarah mahupun staf dalam menjalani program mobiliti,”katanya.

Lawatan penanda aras ini akan diteruskan dengan perbincangan lanjut untuk menandatangani Mou atau MoA.

Tarikh Input: 01/08/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEXWAM~