3 Ogos: Lawatan Ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 3 Ogos: Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM

3 Ogos: Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM

 

SERDANG, 3 Ogos. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA) telah mengadakan satu lawatan penanda aras 5S yang kedua di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Tujuan lawatan  ini diadakan adalah untuk melihat amalan pembudayaan 5S di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Lawatan ini disertai oleh sepuluh orang wakil dari Jawatankuasa 5S Pusat Antarabangsa yang diketuai oleh Puan Saliza Mustafa.

”Lawatan pada hari ini telah memberikan kami ruang dan peluang dalam menjana idea-idea baru untuk penambahbaikan amalan persekitaran berkualiti (5S) di i-PUTRA”, Pn. Saliza Mustafa.

Lawatan itu mengambil masa selama hampir dua jam dimana wakil i-PUTRA di beri penerangan terlebih dahulu mengenai amalan yang dijalankan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan seterusnya dibawa melawat kawasan pejabat dan sekitar perpustakaan.

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEURAb~