5, 6 Julai: Persidangan Ke-2 ADVANSE Network Di Yogyakarta, Indonesia | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 5, 6 Julai: Persidangan ke-2 ADVANSE Network di Yogyakarta, Indonesia

5, 6 Julai: Persidangan ke-2 ADVANSE Network di Yogyakarta, Indonesia

Yogyakarta, 5, 6 Julai - Universitas Gadjah Mada, Indonesia telah menjadi tuan rumah menganjurkan persidangan merentas sempadan di bawah ADVANSE Network yang memfokuskan kepada “Leveraging financial management in HEI towards world class university”. Cabaran global dan perkembangan pesat teknologi telah membawa kesan kepada perubahan paradigma pendidikan kerana cara konvensional model pendidikan mungkin tidak lagi bersesuaian. Institusi Pengajian Tinggi perlu mengatasi perubahan pantas agar dapat cemerlang dan memenuhi matlamat untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi. Pembaharuan birokrasi yang merangkumi penyusunan semula, tadbir urus, sumber manusia, dan sistem kewangan dan aset merupakan faktor utama kepada pengurusan perubahan IPT. Persidangan ini dijalankan untuk mengetahui dasar yang tepat untuk pengurusan kewangan, meneroka potensi dana dan strategi untuk memaksimumkan sumber yang dimiliki oleh IPT serta mengurus kerjasama antarabangsa untuk meningkatkan reputasi IPT antarabangsa.

Wakil UPM diketuai oleh Encik Zulkiflee Othman dari BURSAR UPM diiringi oleh Dr Adilah Abd Razak dari Fakulti Ekonomi dan Puan Ida Suhaila Md Tahir dari Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA).

Tarikh Input: 01/08/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXETXAO~