6 September 2019: New International Students Welcoming Programme (NISWP) SEM 1 (2019/2020) | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 6 September 2019: New International Students Welcoming Programme (NISWP) SEM 1 (2019/2020)

6 September 2019: New International Students Welcoming Programme (NISWP) SEM 1 (2019/2020)

SERDANG, 06 September 2019. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan majlis orientasi yang dikenali sebagai New International Students Welcoming Programme (NISWP) untuk pelajar mobiliti dan bacelor semester 1 2019/2020 di Panggung Percubaan UPM. Objektif program ini adalah untuk mengumpulkan semua pelajar mobiliti dan bacelor dari pelbagai negara dengan UPM Buddies, UPMISA dan juga dengan pegawai dan pengurusan UPM. Program ini juga diadakan untuk memberikan penerangan mengenai visa dan pas pelajar, keselamatan, kemudahan tempat tinggal, pengangkutan dan fasiliti yang disediakan di UPM dan sekitar Lembah Klang.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar luar negara yang telah terpilih dan berjaya meneruskan pengajian di UPM dan mengharapkan para pelajar dapat mempelajari sesuatu yang bermakna semasa berada di Malaysia.

"UPM sangat teruja menerima pelajar mobiliti dan pelajar bacelor serta mengharapkan mereka dapat menjalani kehidupan yang hebat, mengalami pelbagai budaya dan keunikan yang ada di Malaysia sewaktu keberadaan mereka disini," katanya.

 

Program ini bermula dengan persembahan oleh sukarelawan dari UPM Buddies dan UPMISA dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Naib Canselor dan Antarabangsa. Kemudian, majlis diteruskan dengan aktiviti suai kenal pelajar dan pengenalan mengenai subjek LAX. Acara itu kemudian diteruskan dengan pengenalan mengenai UPM, peraturan akademik, pengenalan EDU Park, taklimat visa dan pas pelajar dan taklimat keselamatan sewaktu di UPM serta aktiviti mari kenali UPM Buddies dan UPMISA. Seramai  hampir 700 pelajar yang menghadiri majlis itu juga menerima cenderamata dari i-PUTRA iaitu t-shirt, beg dan topi. Acara ini diadakan untuk memastikan pelajar mobiliti dan bacelor yang datang dari seluruh dunia mengetahui info-info penting sewaktu berada di Malaysia dan dapat menjalani Putra Experince dengan gembira.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 20/09/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDcSAQ~