6 September: Buddies Induction | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 6 September: Buddies Induction

6 September: Buddies Induction

SERDANG, 6 September – Persatuan UPM Buddies telah mengadakan satu program perkongsian pengalaman dan pembelajaran diantara ahli lama dan baharu yang dikenali sebagai Buddies Incution.  Program ini telah dijalankan di Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Univesiti Putra Malaysia (UPM).

Program tersebut diketuai oleh Presiden Persatuan UPM Buddies, Nor Izzaz Emyra, pelajar tahun ketiga, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Beliau berkata program kali keempat yang diadakan ini bertujuan untuk merekrut ahli baharu yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa UPM bagi melahirkan Buddy yang berkeupayaan untuk menjadi duta kecil UPM kepada pelajar baharu antarabangsa di UPM.

Apakah tanggungjawab seorang Buddy? Seorang Buddy perlu berkeupayaan untuk membantu pelajar mobiliti dari pelbagai aspek seperti khidmat nasihat mengenai penempatan, urusan di pejabat pos, membeli-belah dan lain-lain aspek.

“Saya berminat untuk mendaftar sebagai seorang ahli UPM Buddies kerana persatuan ini menyediakan satu platform yang turut memberi ruang dan peluang kepada pelajar antarabangsa untuk berkongsi pengalaman di kampus UPM Serdang mahupun di Malaysia,” Najwa, Saudi Arabia.

"Sangat sukar untuk dinyatakan dalam kata-kata berapa banyak kenangan indah yang kami kongsi bersama, bergembira bersama dan belajar bersama dari segi pembelajaran mahupun pengalaman peribadi selama setahun sebagai UPM Buddies dan kami sangat teruja untuk berkongsi bersama ahli baharu, "Azeem, Malaysia.

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEULA4~