7 September: NISWP SEM 1 2018/2019 | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 7 September: NISWP SEM 1 2018/2019

7 September: NISWP SEM 1 2018/2019

SERDANG, 7 September - Program New International Students Welcoming Program (NISWP) ini dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) selama dua (2) hari. Program orientasi telah berlangsung pada 7 September 2018 (Jumaat) diikuti dengan program lawatan ke Kuala Lumpur dan sekitar kampus UPM telah diadakan pada hari kedua pada 9 September 2018 (Ahad).

 

Pada hari pertama, program ini diadakan di Auditorium, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Program dimulai dengan sesi pendaftaran pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Pengisian program difokuskan untuk memberi pemahaman terhadap sistem pentadbiran, pengurusan pembelajaran, pendedahan kepada peraturan dan budaya persekitaran kampus  juga merupakan di antara objektif program ini.

Bagi mencapai objektif tersebut, penceramah dari pelbagai bidang dan latarbelakang telah dijemput. Penceramah yang dijemput termasuklah Puan Enne Eligius dari Pejabat Imigresen Selangor, Tuan Gunam Rasul Gulam Muhammad, daripada Ibu Pejabat Polis Selangor dan Puan Kamariah Derasol dari Bahagian Kaunseling UPM.

 

En Rohimmi dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sekali lagi dijemput untuk menjalankan aktiviti suai kenal. Di sini, para pelajar baharu dia ajar beberapa perkataan dan frasa yang sering digunakan di Malaysia. Mereka juga turut mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti seperti ‘Birthday Mission’.

NISWP kali ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Noritah Omar, Timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa UPM. Dalam ucapan perasmian beliau, Dr. Noritah turut mengambil kesempatan utuk memperkenalkan latar belakang UPM. Beliau turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar antarabangsa baharu yang hadir.

 

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan telah berbesar hati untuk hadir merasmikan penutup hari pertama NISWP. Selain memberi ucapan penutupan, beliau turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang hadir. Beliau menyifatkan kedatangan pelajar antarabangsa baharu ke UPM sebagai satu keputusan yang tepat, merujuk kepada prestasi UPM dalam indeks-indeks universiti sedunia.

Tarikh Input: 20/09/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEUBAW~