8 Ogos: Audit Kendiri 5S | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 8 Ogos: Audit Kendiri 5S

8 Ogos: Audit Kendiri 5S

 

SERDANG, 8 Ogos. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), telah mengambil inisiatif untuk menjalankan audit kendiri dalaman dalam pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di i-PUTRA. Audit ini bertujuan untuk menilai tahap persediaan i-PUTRA bagi menyertai pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) sempena Hari Kualiti dan Inovasi (HKIP) 2018.

Dua orang auditor dalaman telah dilantik dari Jawatankuasa Audit 5S i-PUTRA untuk mengaudit mengikut kriteria-kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Audit 5S UPM. En. Syafiq Hariz Mohd Hanafiah dan En. Muhammad Hadry Abd Majid telah dipertanggungjawabkan untuk menilai tahap persediaan 5S i-PUTRA.

Proses audit telah berlangsung sepanjang hari dimana auditor telah memeriksa kawasan meja kerja staf dan pejabat pegawai. Seterusnya, auditor turut menilai zon-zon yang dipertandingkan.

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEaHAc~