9 Ogos: Lawatan Delegasi Universidad De Caruna, Sepanyol | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 9 Ogos: Lawatan Delegasi Universidad De Caruna, Sepanyol

9 Ogos: Lawatan Delegasi Universidad De Caruna, Sepanyol

SERDANG, 9 August. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi dari Universidad de Caruna, Sepanyol bagi membincangkan peluang kerjasama dengan pihak UPM.

Lawatan tersebut diketuai oleh Dr. Santiago Lopez Pineiro dari Fakulti Senibina, Universidad de Caruna, Spain. Turut hadir sama adalah En. Amador Ordonez Prime, International Projects Advisor from Ministry of Culture, Education and University Organization.

Pengarah i-PUTRA UPM , Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim, berharap lebih ramai pelajar dari Sepanyol dapat mengambil peluang daripada inisiatif kerjasama ini.

“Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan Universidad de Caruna, Spain ini, bukan sahaja jumlah pelajar dari Sepanyol turut meningkat malahan menarik lebih ramai pelajar UPM untuk menjalani program pertukaran belajar di Sepanyol,” tegas beliau.

Diharapkan kerjasama ini dapat menarik lebih ramai pelajar kedua-dua buah institusi untuk menjalani program pertukaran pelajar (mobiliti dan kajian) dan juga pelbagai peluang pengantarabangsaan yang lain.

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZAAS~