9 September: NISWP KE KUALA LUMPUR | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 9 September: NISWP KE KUALA LUMPUR

9 September: NISWP KE KUALA LUMPUR

SERDANG, 9 September - Pada hari ke dua New International Students Welcoming Program (NISWP) para pelajar antarabangsa baharu di bawa melawat Ibu negara, Kuala Lumpur. Program diadakan bagi memberikan  satu pengalaman baharu kepada para pelajar. Lawatan ini telah dijalankan oleh i-PUTRA dengan kerjasama 22 orang pelajar tempatan dan antarabangsa pra siswazah dan siswazah dibawah dari Buddies Association UPM. Wakil daripada persatuan tersebut bertindak selaku pembantu dalam menyelaraskan program selain sebagai pengantaraan diantara pelajar antarabangsa dan pegurusan UPM.

 

Program yang dimulakan seawal 8 pagi ini bertolak ke destinasi utama di Pasar Seni. Lokasi tersebut menjadi pilihan berikutan kududukannya yang berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancong di bandar. Di sana, mereka dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dibantu oleh seorang pelajar UPM. Mereka dibawa melawat pelbagai tarikan di sekitar Pasar Seni dan diberikan penerangan mengenai sejarah dan latar belakang tempat-tempat tersebut.

Antara tempat yang dilawati termasuklah Jalan Petaling, Kuil Sri Maha Mariamman, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Antara tarikan yang paling menarik perhatian adalah KL City Gallery/ Arch KL. Muzium Urban kontemporari ini bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai pameran yang bewarna-warni tetapi juga miniatur ibu negara Kuala Lumpur yang turut digunakan sebagai medium persembahan cahaya.

 

Sebelum tamat program, pelajar dibawa mengelilingi keseluruhan kampus UPM. Pelajar diberikan panduan mengenai lokasi fakulti, dewan kuliah, fasiliti-fasiliti berkaitan dan sebagainya. Lawatan dengan bas ini bertujuan untuk memudahkan pelajar pada hari pertama mereka. Pelajar juga diberikan panduan mengenai cara membaca jadual kelas masing-masing.

Tarikh Input: 20/09/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEUCAr~