I-PUTRA SEBAGAI PENGANJUR BERSAMA UNTUK BENGKEL ASAS JPT UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » i-PUTRA SEBAGAI PENGANJUR BERSAMA UNTUK BENGKEL ASAS JPT UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA

i-PUTRA SEBAGAI PENGANJUR BERSAMA UNTUK BENGKEL ASAS JPT UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA

Pada 19 – 20 Julai 2022, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Education Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Untuk Amalan Terbaik Pengurusan Dan Pentadbiran Pelajar Antarabangsa Dan Pelan Pengurusan Krisis Pelajar Antarabangsa telah diadakan di Royal Chulan Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah disertai oleh pengarah, pegawai dari universiti awam dan swasta, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan entiti yang berkaitan seperti Education Malaysia Global Services (EMGS). Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan berkenaan Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa dan pengurusannya seperti pengurusan krisis, aduan pelajar, penginapan, kesejahteraan, promosi dan pemasaran, kemasukan dan keperluannya.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk mewujudkan satu garis panduan yang komprehensif untuk menjadi panduan kepada pelajar antarabangsa dan pentadbirannya yang akan dilancarkan secara rasmi pada 29 September 2022 oleh KPT. Hasil bengkel ini dapat menyumbang kepada idea dalam menyusun strategi kemasukan pelajar antarabangsa dari seluruh dunia ke Malaysia. Ia juga membincangkan mengenai cabaran yang wujud di universiti dan cara untuk mengatasinya. Malaysia adalah tempat yang bagus untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi kerana kedudukan geografi Malaysia yang sangat strategik serta berhampiran dengan negara-negara jiran dan faktor iklim cuaca yang baik.

i-PUTRA berbesar hati kerana dilantik sebagai penganjur bersama bagi program ini dan kami berharap hasilnya dapat memberi manfaat kepada pelajar antarabangsa yang akan datang dan juga untuk Pendidikan Tinggi Malaysia.

 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 31/07/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdFAb~