LAWATAN DARI BAHAGIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (BEM), KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KE UPM | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » LAWATAN DARI BAHAGIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (BEM), KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KE UPM

LAWATAN DARI BAHAGIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (BEM), KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KE UPM

Jumaat, 15 Julai 2022 - i-PUTRA telah menerima delegasi dari Bahagian Pendidikan Malaysia (BEM) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ke UPM. Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azmir bin Mohd Nizar, Pengarah BEM bersama Puan Ts. Norliana Saliman, Puan Nur Hanani Muhammad, Cik Fitreel Huda Abd Rahim, Encik Khairul Anwar Samsudin dan Encik Mohammad Khairul Anuar Mohammad Appendi.

Delegasi mereka telah disambut oleh pengurusan i-PUTRA yang diketuai oleh Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman, Pengarah i-PUTRA, wakil dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Akademik dan Pusat Perhubungan Alumni.

Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan mengenai gambaran keseluruhan berkaitan hal ehwal pelajar antarabangsa dan pengurusannya di peringkat universiti. UPM dan Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil langkah untuk bergerak ke hadapan dengan harapan hal ehwal pelajar antarabangsa dijaga, terutamanya dalam keadaan semasa dimana tiada lagi SOP yang berkuatkuasa. UPM mempunyai komitmen jangka panjang dengan BEM. Walaupun UPM menerima banyak tawaran dari segi pendidikan, proses visa yang panjang dan syarat ketat dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah antara isu utama yang perlu ditangani dengan berhemah. Mesyuarat selama 2 jam itu membuahkan hasil kerana UPM menerima maklum balas positif daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Melalui lawatan ini, i-PUTRA berharap UPM dapat menjadi lebih inovatif dalam merealisasikan visi dan misi Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Gambar: i-PUTRA bersama Bahagian Education Malaysia (BEM)

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 31/07/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZSAr~