Lawatan Rasmi Delegasi Dari Mejiro University, Japan | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » Lawatan rasmi delegasi dari Mejiro University, Japan

Lawatan rasmi delegasi dari Mejiro University, Japan

SERDANG, 19 September. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi dari Mejiro University, Japan hari ini, bagi membincangkan peluang kerjasama dengan pihak UPM.

Lawatan tersebut diketuai oleh Prof. Micah Box, from Department of English Language Studies, Graduate School of Language and Culture Studies, Mejiro University. Beliau amat menggalakkan pelajar-pelajar Mejiro University untuk menjalani program mobiliti di UPM.

“Malaysia mempunyai institusi pengajian tinggi awam yang berprestij, dan UPM merupakan universiti yang sering menjadi pilihan utama pelajar dari Jepun untuk mengikuti program mobiliti satu (1) atau dua (2) semester. Faktor pemilihan bukan hanya kerana menitik beratkan pembelajaran yang ditawarkan bertaraf dunia tetapi juga kepelbagaian bahasa dan budaya yang ada di Malaysia,” kata beliau.

Timbalan Pengarah i-PUTRA UPM , Prof. Madya Dr. Noritah Omar, berharap lebih ramai pelajar dari negara matahari terbit itu dapat mengambil peluang daripada inisiatif MOU ini.

“Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan Mejiro University ini, bukan sahaja jumlah pelajar inbound turut meningkat malahan penyelidik, pensyarah mahupun staf turut dapat mengambil peluang untuk menjalani program inbound di UPM,” tegas beliau.

Diharapkan kerjasama MOU ini dapat menarik lebih ramai pelajar UPM dan Mejiro University untuk menjalani program mobiliti di kedua-dua institusi.

Tarikh Input: 20/09/2017 | Kemaskini: 20/09/2017 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEaAAf~