Lawatan Rasmi Delegasi Dari Shenzhen Invo Edu-Tech Co.Ltd, China | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » Lawatan rasmi delegasi dari Shenzhen invo Edu-Tech Co.Ltd, China

Lawatan rasmi delegasi dari Shenzhen invo Edu-Tech Co.Ltd, China

SERDANG, 8 Ogos. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi dari Shenzhen Invo Edu-Tech Co.Ltd, China, hari ini, bagi membincangkan peluang kerjasama dengan pihak UPM.

Lawatan tersebut diketuai oleh Pegawai Eksekutif Shenzhen Invo Edu-Tech Co.Ltd., Pn. Tan Nuo. Menurut Pn. Tan, institusi pengajian tinggi awam di Malaysia merupakan pilihan utama pelajar di China.

“Malaysia mempunyai institusi pengajian tinggi awam yang berprestij, dan UPM merupakan antara universiti yang tersenarai. Dengan tersedianya satu platform secara atas talian ini, kami harap lebih banyak pendedahan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari China untuk mengambil peluang daripada inisiatif ini” kata beliau.

Pengarah i-PUTRA UPM , Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim, memberitahu bahawa jumlah pelajar dari China yang menjalani program mobiliti di UPM mendominasi jumlah pelajar dari negara lain dan meningkat saban tahun.

“Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan Shenzhen Invo Edu-Tech Co.Ltd, jumlah pelajar, penyelidik, pensyarah mahupun staf yang menjalani program mobiliti akan dapat ditingkatkan lagi,” tegas beliau.

Tarikh Input: 23/08/2017 | Kemaskini: 24/08/2017 | iylia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEXOA7~