New International Students Welcoming Programme (NISWP) Semester 2 Sesi 2017/2018 | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » New International Students Welcoming Programme (NISWP) Semester 2 Sesi 2017/2018

New International Students Welcoming Programme (NISWP) Semester 2 Sesi 2017/2018

Program NISWP ini dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) selama dua (2) hari. Program orientasi telah berlangsung pada 9 Februari 2018 (Jumaat) dan program lawatan ke Melaka telah diadakan pada hari kedua pada 11 Februari 2018 (Ahad).

Pada hari pertama, program ini diadakan di Dewan Kuliah Ekonomi Pusat 1 (DKEP1), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM dan dimulai dengan sesi pendaftaran pada pukul 8 pagi. Program telah berakhir pada pukul 5 petang. Pengisian program adalah seperti para pelajar diberi pemahaman terhadap sistem pentadbiran, pengurusan pembelajaran, pendedahan kepada peraturan dan budaya persekitaran kampus yang juga merupakan di antara objektif program ini.

Program ke Bandaraya Bersejarah Melaka telah dijalankan oleh i-PUTRA dengan kerjasama 22 orang pelajar tempatan dan antarabangsa pra siswazah dan siswazah dibawah program Buddies Association UPM selaku pembantu dalam menyelaraskan program selain sebagai pengantaraan diantara pelajar antarabangsa dan pegurusan UPM. Bandar Hilir Melaka telah dipilih sebagai destinasi kepada program NISWP untuk memperkenalkan Malaysia kerana lokasinya yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.

“Program ini sangat bermanfaat kepada pelajar baharu antarabangsa dan saya berpeluang untuk mempunyai kenalan dari negara yang lain,” OTSUKA KEI, JEPUN

“Saya memilih untuk menjalani program mobiliti di Malaysia dan UPM khasnya kerana Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mempraktikkan pelbagai budaya dan fahaman disamping mempunyai pelbagai tempat menarik untuk saya terokai,” PELIN KAVRAZ, TURKI.

 

Tarikh Input: 20/02/2018 | Kemaskini: 20/02/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZWAE~