Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Antarabangsa UPM 2017 M/1438 H | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Antarabangsa UPM 2017 M/1438 H

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Antarabangsa UPM 2017 M/1438 H

Pusat Antarabangsa UPM telah mengadakan sambutan hari raya pada 14 July 2017. Sambutan sederhana namun meriah ini disambut sempena perayaan Adil Fitri yang disambut oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun. Sambutan kali ini melibatkan kerjasama semua staf Pusat Antarabangsa UPM yang berusaha menjayakan majlis ini. Majlis sambutan hari raya ini diserikan lagi dengan beberapa jemputan khas beberapa orang berkepentingan  Antara yang dapat bersama-sama memeriahkan majlis ini ialah Prof. Dr. M. Iqbal Saripan (Timbalan Naib Cancelor Bahagian Akademik dan Antarabangsa), En. Ridzuan (Pembantu Peribadi Timbalan Naib Canselor), Puan Norlian binti Ismail (Bahagian Kewangan Pembangunan dan Kolej Kediaman), Puan Shariah Mimbar (Penolong Pendaftar Kanan Seksyen Pemasaran dan Penjenamaan COSSCOMM), Puan Nor Haslizah Hassan (Pembantu Peribadi Naib Canselor UPM) dan ramai lagi..Pelbagai hidangan enak yang disediakan pada majlis tersebut antaranya, lontong,satey, lemang serta rendang. Sambutan yang diadakan ini mengeratkan lagi silaturrahim di antara keluarga kecil Pusat Antarabangsa UPM. Diharapkan agar majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

   

Tarikh Input: 24/07/2017 | Kemaskini: 26/08/2017 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdSAq~