10 Mei 2019 : Lawatan 5S Dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» NEWS » 10 Mei 2019 : Lawatan 5S dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar

10 Mei 2019 : Lawatan 5S dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar

SERDANG, 10 Mei 2019 -  Fakulti Pengajian Alam Sekitar  telah mengadakan Lawatan 5S di i-PUTRA dengan kehadiran seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Induk 5S FPAS. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian berkenaan pelaksanaan Amalan 5S di Pejabat i-PUTRA.  Selain itu, ianya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat dalam menjayakan program 5S di pejabat PTJ.  Program lawatan ini bermula pada jam 11.30 pagi dan ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai i-PUTRA.  Kemudian, satu taklimat ringkas tentang latar belakang, pelaksanaan amalan 5S dan aktiviti 5S di i-PUTRA yang disampaikan oleh Pn. Ida Suhaila Md Tahir, selaku penyelaras 5S i-PUTRA.

Program lawatan ini diteruskan dengan memperkenalkan kepada para peserta zon-zon yang dibangunkan oleh i-PUTRA yang dimulakan dengan Zon A, Zon B dan Zon C. Lawatan seterusnya staf FPAS dibawa ke bilik aktiviti i-PUTRA dan seterusnya melihat sendiri kaunter visa dan pass.

 

 

 Taklimat 5s

 

 

 

 Kaunter Visa

 

 

Zon Corner

 

 

 

Ruang menunggu kaunter visa

 

Sepanjang lawatan ke zon-zon, sesi soal jawab dan perkongsian dari peserta amat memberangsangkan dan sedikit sebanyak pihak i-PUTRA dapat mengutip pandangan dan idea daripada pihak luar. Program ini tamat pada jam 11.00. i-PUTRA amat berbesar hati dengan kunjungan pihak FRSB dan diharap dengan lawatan tersebut dapat mewujudkan kerjasama lain pada masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 11/10/2019 | Updated: 11/10/2019 | sitiafiqah

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdVAP~