19 April 2019: Lawatan 5S Dari Fakulti Rekabentuk Dan Senibina | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» NEWS » 19 April 2019: Lawatan 5S dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina

19 April 2019: Lawatan 5S dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina

SERDANG, 19 April 2019 -  Fakulti Rekabentuk dan Senibina  telah mengadakan Lawatan 5S di i-PUTRA dengan kehadiran seramai 25 orang Ahli Jawatankuasa Induk 5S FRSB. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian berkenaan pelaksanaan Amalan 5S di Pejabat i-PUTRA.  Selain itu, ianya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat dalam menjayakan program 5S di pejabat PTJ.  Program lawatan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai i-PUTRA.  Kemudian, satu taklimat ringkas tentang latar belakang, pelaksanaan amalan 5S dan aktiviti 5S di i-PUTRA yang disampaikan oleh Pn. Saliza Mustafa, selaku Pengerusi merangkap fasilitator 5S i-PUTRA.

Program lawatan ini diteruskan dengan memperkenalkan kepada para peserta zon-zon yang dibangunkan oleh i-PUTRA yang dimulakan dengan Zon A, Zon B dan Zon C. Lawatan seterusnya staf FRSB dibawa ke bilik aktiviti i-PUTRA dan seterusnya melihat sendiri kaunter visa dan pass.

 

Taklimat 5s dari Ketua Bahagian i-PUTRA

 

 

 Lawatan ke Zon-zon

 

 

 

 Bilik Aktiviti i-PUTRA

 

 

 Di hadapan i-PUTRA

 

Sepanjang lawatan ke zon-zon, sesi soal jawab dan perkongsian dari peserta amat memberangsangkan dan sedikit sebanyak pihak i-PUTRA dapat mengutip pandangan dan idea daripada pihak luar. Program ini tamat pada jam 11.00. i-PUTRA amat berbesar hati dengan kunjungan pihak FRSB dan diharap dengan lawatan tersebut dapat mewujudkan kerjasama lain pada masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 11/10/2019 | Updated: 11/10/2019 | sitiafiqah

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZXA7~