PERKHIDMATAN SOKONGAN KOMUNITI ANTARABANGSA | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» PERKHIDMATAN SOKONGAN KOMUNITI ANTARABANGSA

PERKHIDMATAN SOKONGAN KOMUNITI ANTARABANGSA

Seksyen Perkhidmatan Sokongan Komuniti Antarabangsa bertindak sebagai pemangkin untuk membantu komuniti antarabangsa samaada kakitangan dan pelajar dalam peralihan ke dalam kehidupan di Universiti Putra Malaysia. Kami menyediakan kakitangan dan pelajar dengan maklumat dan bantuan yang diperlukan untuk membantu mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup tempatan supaya mereka akan selesa dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran antarabangsa yang pelbagai.

Skop:

  1. Menggerakkan maklumat yang diperlukan oleh komuniti antarabangsa seperti perumahan/penginapan/insurans/perubatan/persekolahan/lesen memandu dan lain-lain. 
  2. Meggerakkan aktiviti 'Internationalisation at Home' untuk pelajar dan staf antarabangsa seperti Homestay Programme, Spouse Programme, International Awareness Week, International Food festival dan lain-lain. 
  3. Menyelaras dan memantau aktiviti yang dijalankan oleh Buddies UPM Association
  4. Bekerjasama dengan UPMISA dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam membantu hal ehwal kebajikan komuniti antarabangsa di UPM.
  5. Menyediakan khidmat nasihat dan kemudahan perkhidmatan kaunseling untuk komuniti antarabangsa, termasuk ekspatriat. 
  6. Pengurusan Rumah Tetamu UPM. 

Setiap pelajar akan mempunyai sekumpulan anggota UPM Buddies apabila mereka tiba di Universiti...selanjutnya...
Bagi menyelaras kegiatan dan kebajikan pelajar antarabangsa di UPM, pihak universiti telah...selanjutnya...
Jika bukan kita yang mengubah dunia, siapakah yang akan mengubahnya? Global Volunteer (GV) adalah...selanjutnya...
B1566566089