RUMAH TAMU UPM | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)

» RUMAH TAMU UPM

RUMAH TAMU UPM

Selamat datang ke Rumah Tamu Universiti Putra Malaysia (UPM).

Rumah Tamu UPM terletak di dalam kampus utama UPM yang dikelilingi pelbagai kemudahan, hanya berjalan kaki singkat dari Perpustakaan UPM dan bangunan Putra Canselori. Rumah Tamu UPM ini dikhaskan untuk pelajar sarjana muda atau pelajar mobiliti, tetapi semasa cuti semester, bilik-bilik akan dibuka untuk disewa kepada tetamu penyelidik UPM, pelawat antarabangsa dan orang ramai.

Rumah Tamu UPM terdiri daripada enam pangsapuri 3-bilik tidur dan lima pangsapuri 2-bilik tidur, serta satu apartmen dengan enam bilik studio jenis. Setiap apartmen boleh menampung 4-6 orang manakala setiap bilik jenis studio boleh menampung 2 orang. 

Setiap apartmen mempunyai bilik air sendiri (dengan kemudahan pancuran mandian air panas), dapur kecil (dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, periuk induksi, cerek elektrik dan sinki dapur), dan balkoni. Pangsapuri ini sesuai untuk memasak makanann ringan sahaja. Penghuni pangsapuri bertanggungjawab menjaga kebersihan dapur sepanjang masa. Bilik-bilik jenis studio tidak mempunyai dapur, tetapi setiap studio mempunyai peti sejuk dan cerek elektrik.

Wifi tersedia di semua kawasan Rumah Tamu UPM tanpa sebarang kos. Mesin basuh yang dikendalikan dengan duit syiling dan pengering terdapat di tingkat bawah Block C. Tidak ada restoran atau kafetaria di Rumah Tamu UPM tetapi terdapat dua buah kafe berdekatan.

Penyerahan kunci kepada tetamu di pejabat am Rumah Tamu UPM bermula dari jam 2.00 petang...selanjutnya...
  1. Hubungi Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) melalui e-mel (upmguesthouse@upm.edu.my)...selanjutnya...
  Selamat Datang ke Rumah Tamu Universiti Putra...selanjutnya...
Rumah Tamu UPM mempunyai lokasi yang strategik untuk mengakses ke kebanyakkan fakulti di UPM Kampus...selanjutnya...
Emel                : upmguesthouse@upm.edu.my No....selanjutnya...
B1566568898