Permohonan Baharu Pas Tanggungan | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» VISA & PAS » PAS TANGGUNGAN » Permohonan Baharu Pas Tanggungan

Permohonan Baharu Pas Tanggungan

 

PERMOHONAN BAHARU PAS TANGGUNGAN

 

Jabatan Imigresen hanya akan menerima permohonan pas tangungan selepas permohonan pas pelajar selesai. Pelajar yang sedang mengikuti program pengajian Bahasa Inggeris di English Language Centre (ELS) UPM, tanggungan tidak layak untuk mendapatkan Pas Tanggungan. Pas Tanggungan hanya diberikan kepada pelajar sepenuh masa sahaja. 

 

SIAPAKAH TANGGUNGAN?

  1. Pasangan (isteri/suami)
  2. Kanak-kanak (di bawah 7 tahun)
  3. Ibu bapa pelajar

 

SIAPAKAH YANG DIBOLEHKAN UNTUK MEMBAWA KELUARGA?

  1. Pelajar pascasiswazah
  2. Pelajar sarjana muda dari negara berikut; -
  • Saudi Arabia
  • Bahrain
  • United Arab Emirates (UAE)
  • Turkey
  • Qatar
  • Azerbaijan
  • Palestinian Territories
  • Kuwait
  • Yemen
  • Iran
  • Syria
  • Oman
  • Jordan
  • Lebanon
  • Iraq
  • Libya
  • Maldives

 

Pusat Antarabangsa hanya akan menerima permohonan pas tanggungan baharu jika pemegang pas pelajar mempunyai pas pelajar minimum 6 bulan yang sah.

 

BAGAIMANA MEMOHON PAS TANGGUNGAN BAHARU

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PAS TANGGUNGAN BAHARU

 

 

Nota:

  1. Senarai semak ini adalah untuk permohonan SATU PAS TANGGUNGAN SAHAJA. Penambahan pasport akan memerlukan jumlah salinan yang sama.
  2. Bagi TANGGUNGAN (ANAK) di atas 7 UMUR TAHUN dan di BAWAH 17 TAHUN perlu mengemukakan dokumen dari sekolah antarabangsa.
  3. Bagi bayi yang dilahirkan di Malaysia, sila mohon pas tanggungan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelahiran.
  4. Dokumen yang TIDAK mematuhi spesifikasi dianggap tidak lengkap dan akan ditolak.
  5. JANGAN menggunakan dawai kokot untuk dokumen dan foto anda.
  6. Gunakan klip kertas sebaliknya.
  7. Sila nombor semua salinan pasport halaman untuk mengelakkan kehilangan halaman dan kelewatan pada EMGS.

 

 

Kemaskini:: 31/05/2018 [azlida_jamil]

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
B1566445112