Lanjutan/Pembaharuan Pas | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» VISA & PAS » PAS PELAJAR » Lanjutan/Pembaharuan Pas

Lanjutan/Pembaharuan Pas

LANJUTAN/PEMBAHARUAN PAS PELAJAR

Apa yang perlu dilakukan untuk memohon penyambungan/pembaharuan pas pelajar?

  • Pelajar antarabangsa bertanggungjawab ke atas kesahihan pas pelajar mereka semasa belajar di negara ini. Jabatan Imigresen kebiasaannya memberikan pas pelajar satu (1) tahun untuk pemohonan kali pertama. Pembaharuan permohonan pas pelajar HANYA terpakai untuk Pelajar Sambungan.
  • Proses pembaharuan pas pelajar kebiasaannya mengambil masa kira-kira lapan (8) minggu untuk diselesaikan. Permohonan pembaharuan Pas Pelajar hendaklah dibuat melalui Pusat Antarabangsa Putra 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh luput.
  • Pelajar yang lewat dalam mengemukakan permohonan untuk pembaharuan Pas Pelajar diperlukan untuk membayar penalti. Penalti dikenakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

 

BAGAIMANA MEMOHON PENYAMBUNGAN/PEMBAHARUAN PAS PELAJAR?

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENYAMBUNGAN/PEMBAHARUAN PAS PELAJAR

 

Nota:

  1. Senarai semak ini adalah untuk SATU permohonan sahaja. Tambahan permohonan tanggungan akan memerlukan jumlah salinan yang sama.
  2. Bagi SETIAP permohonan tanggungan, sila lampirkan salinan halaman maklumat pasport dan halaman visa terperinci pelajar.
  3. Dokumen yang TIDAK mematuhi spesifikasi dianggap tidak lengkap dan akan ditolak
  4. Dilarang menggunakan pengokot untuk mengepilkan dokumen dan foto anda.
  5. Gunakan klip kertas.
  6. Sila nomborkan semua salinan untuk mengelakkan kehilangan halaman passport dan berlaku kelewatan pada EMGS/Imigresen.

 

Kemaskini:: 01/07/2019 [sitiafiqah]

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
B1566441337