Pas Lawatan Professional (Ikhtisas)/Sangkutan Penyelidikan | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» VISA & PAS » PAS PELAJAR » Pas Lawatan Professional (Ikhtisas)/Sangkutan Penyelidikan

Pas Lawatan Professional (Ikhtisas)/Sangkutan Penyelidikan

PAS LAWATAN PROFESIONAL (IKHTISAS)

APAKAH PAS LAWATAN PROFESIONAL?

Pas Lawatan Profesional dikeluarkan kepada orang asing yang ingin memberikan kepakaran dalam penyelidikan (penyelidik/pembantu penyelidik/sabatikal) dan menjalankan tugas-tugas tertentu untuk jangka masa yang pendek di Malaysia. Bagi permohonan pas lawatan profesional, pemohon dilarang memohon pas tanggungan untuk ahli keluarga mereka. Tempoh sah pas adalah bergantung kepada keperluan tetapi tidak melebihi tempoh 12 bulan. Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum kemasukan pemohon ke Malaysia.

 

KADAR BAYARAN:

3 BULAN KE BAWAH

RM90.00

4 BULAN – 6 BULAN

RM180.00

12 BULAN

RM360.00


* Visa dua hala – bayaran dikenakan mengikut kadar (mengikut daerah)

 

1. Bayaran permohonan Surat Kelulusan Pas Profesional (PPAL) adalah RM 270.00 dan bayaran hendaklah dibuat melalui pemindahan bank ke akaun bank di bawah:

Nama Akaun 

BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 

Nombor Akaun  

12150005004050

Nama Bank  

CIMB BANK BERHAD

Nama Cawangan   

UPM

Alamat Cawangan   

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG, 
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Kod Swif  

CIBBMYKL

2. Permohonan Surat Kelulusan Pas Profesional (PPAL) hendaklah dibuat semasa mengemukakan permohonan untuk penyelidikan. Jabatan Imigresen di Putrajaya, Malaysia akan mengambil masa 2 bulan untuk mengeluarkan PPAL.

3. Untuk memohon Pas Lawatan Profesional, semua dokumen asal mesti dikemukakan ke Pusat Antarabangsa UPM MELALUI fakulti/institut masing-masing.

BAGAIMANA MEMOHON PAS LAWATAN PROFESIONAL 

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PAS LAWATAN PROFESIONAL PASS(IKHTISAS)

 

Nota:

  1. Senarai semak ini adalah untuk SATU permohonan sahaja. Tambahan permohonan tanggungan akan memerlukan jumlah salinan yang sama.
  2. Bagi SETIAP permohonan tanggungan, sila lampirkan salinan halaman maklumat pasport dan halaman visa terperinci pelajar.
  3. Dokumen yang TIDAK mematuhi spesifikasi dianggap tidak lengkap dan akan ditolak
  4. Dilarang menggunakan pengokot untuk mengepilkan dokumen dan foto anda.
  5. Gunakan klip kertas.
  6. Sila nomborkan semua salinan untuk mengelakkan kehilangan halaman passport dan berlaku kelewatan pada EMGS/Imigresen.

 

 

 

Kemaskini:: 18/09/2017 [azlida_jamil]

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
B1566570219