14 Februari 2019: AIMS Meeting With Tokyo University Of Agriculture And Technology (TUAT), Jepun | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 14 Februari 2019: AIMS Meeting with Tokyo University of Agriculture and Technology (TUAT), Jepun

14 Februari 2019: AIMS Meeting with Tokyo University of Agriculture and Technology (TUAT), Jepun

  

SERDANG, 14 Februari. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan perbincangan AIMS dari Tokyo University of Agriculture and Technology (TUAT), Jepun bagi membincangkan peluang kerjasama antarabangsa dengan pihak UPM.

Lawatan tersebut telah diwakili oleh Prof. Kato dari Tokyo University of Agriculture and Technology, Japan bersama Dr. Roslan Ismail dan Dr. Juwaidah Sharifuddin dari Fakulti Pertanian serta Dr. Nor Akmar dari Fakulti Perhutanan. Turut hadir sama bagi sesi perbincangan adalah Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Pengarah i-PUTRA, Puan Saliza Mustafa, Ketua Bahagian i-PUTRA serta Cik Nadia Zawani Hussin dari Seksyen Mobiliti.

 

  

Pengarah i-PUTRA UPM, Prof. Dr. Zainal Abidin Talib berharap lebih ramai pelajar dapat mengambil peluang daripada inisiatif kerjasama ini. “Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan TUAT, Jepun ini, bukan sahaja jumlah pelajar dari Jepun turut meningkat malahan menarik lebih ramai pelajar UPM untuk menjalani program pertukaran pelajar di Jepun,” tegas beliau.

Diharapkan kerjasama ini dapat menarik lebih ramai pelajar kedua-dua buah institusi untuk menjalani program pertukaran pelajar (mobiliti dan kajian) dan juga pelbagai peluang pengantarabangsaan yang lain.

Tarikh Input: 15/02/2019 | Kemaskini: 15/02/2019 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEbLAW~