| Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)

VAL

Visa dengan rujukan (VAL) bermaksud visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada bukan warganegara untuk membolehkan individu masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Jabatan Imigresen.

Bagaimana untuk memohon Val? 

PAS PELAJAR

Pas pelajar merupakan pas yang diperlukan untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi Malaysia. 

PAS TANGGUNGAN

Pas tanggungan merupakan kemudahan yang diberikan kepada pelajar yang membawa tanggungan ketika menyambung pengajian di Malaysia. 

 

HUBUNGI:

EN. ABDUL RAZIF ABD RAZAK 
KETUA SEKSYEN
SEKSYEN VISA DAN PAS
PUSAT ANTARABANGSA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

Tel: 0389466198/6048
Emel: arar@upm.edu.my

 

 

PAS PELAJAR

Pas pelajar merupakan pas yang diperlukan untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi Malaysia. 

         Siapa perlu memohon?

  1. Mereka yang mempunyai pasport baharu, tetapi visa masih sah dalam pasport lama.
  2. Sesiapa yang menukar atau kehilangan pasport, pemegang pasport perlu memohon untuk memindahkan pas semasa ke pasport baharu.

Pemegang pas tanggungan yang ingin menukar pas kepada pas yang lain, pemohon perlu memohon pembatalan pas yang sah terlebih dahulu. Pemohon kemudian boleh mendapatkan surat pelepasan daripada Pusat Antarabangsa.

  1. Pelajar antarabangsa bertanggungjawab ke atas kesahihan pas pelajar mereka semasa belajar di negara ini. Jabatan Imigresen kebiasaannya memberikan pas pelajar satu (1) tahun untuk pemohonan kali pertama. Pembaharuan permohonan pas pelajar HANYA terpakai untuk Pelajar Sambungan.
  2. Proses pembaharuan pas pelajar kebiasaannya mengambil masa kira-kira lapan (8) minggu untuk diselesaikan. Permohonan pembaharuan Pas Pelajar hendaklah dibuat melalui Pusat Antarabangsa Putra 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh luput.
  3. Pelajar yang lewat dalam mengemukakan permohonan untuk pembaharuan Pas Pelajar diperlukan untuk membayar penalti. Penalti dikenakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

 

PAS TANGGUNGAN

Pas tanggungan merupakan kemudahan yang diberikan kepada pelajar yang membawa tanggungan ketika menyambung pengajian di Malaysia. 

 

 

 

Selepas tamat pengajian, semua siswazah antarabangsa UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM untuk mengukuhkan hubungan rangkaian global anda dengan komuniti UPM dari pelbagai bidang kepakaran. Sejak tahun 1971, senarai Alumni UPM telah berkembang sebanyak 145,000 orang - bukan hanya di Malaysia tetapi dari seluruh dunia, termasuk Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Australia dan juga Amerika Selatan dan Utara. Umum mengetahui alumni UPM telah banyak memberi sumbangan mereka dalam bidang masing-masing dan mereka telah memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara dan meningkatkan reputasi universiti di peringkat antarabangsa.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Persatuan Alumni UPM, layari Pusat Alumni dan Laman Web Rasmi Persatuan Alumni. Pusat Alumni UPM komited dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan alumni untuk mengekalkan hubungan seumur hidup di kalangan alumni yang konsisten dengan alma mater. Pusat Alumni adalah selaras dengan universiti berkaitan hubungan alumni dan rangkaian dengan mengimplementasikan pelbagai program untuk membawa alumni kembali ke kampus dalam menyemarakkan fungsi utama pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional universiti.

Persatuan Alumni sebagai strategi untuk memperluaskan rangkaian alumni UPM di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah relevan dengan keperluan yang semakin meningkat untuk memperkukuhkan hubungan universiti dengan alumni. Untuk memenuhi tujuan ini, Pusat Alumni diamanahkan untuk mempromosikan kepentingan dan meningkatkan keterlihatan universiti melalui hubungan.

Sertai Persatuan/Kumpulan Alumni dan berhubung semula dengan rakan-rakan dan rakan sekelas anda. Persatuan Alumni menyokong biasiswa, bantuan kewangan pelajar, kebolehpasaran siswazah dan perkhidmatan komuniti.

 

PUSAT ALUMNI
BANGUNAN PEJABAT TIMB.NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
OFF LEBUH SILIKON
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

Tel: 0389471017
Faks: 0386566933
Emel: alumni@upm.edu.my
Web: http://www.alumni.upm.edu.my

 

UPM mempunyai rangkaian kolaborasi dengan pelbagai institusi dan agensi di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, negara-negara Amerika Latin, Jepun, Korea, negara Asia Barat dan sebagainya melalui Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian. Pelbagai aktiviti kerjasama telah dijalankan seperti program mobiliti, pertukaran pelajar dan staf, kolaborasi penyelidikan, aktiviti pengkomersilan dan pemindahan teknologi. 

 

Hubungi:

PUAN IDA SUHAILA MD TAHIR
KETUA SEKSYEN
SEKSYEN JALINAN GLOBAL 
PUSAT ANTARABANGSA 
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

Tel: 0389466943/7972
Emel: idasu@upm.edu.my

 

 

B1566566020