Modul dalam Program Musim Panas Putra Experience merupakan program jangka pendek yang dianjurkan oleh pelbagai fakulti di UPM, merangkumi pelbagai bidang pengajian. Program musim panas ini menyediakan pengalaman akademik yang meluas serta peluang untuk mengenali budaya tempatan yang sebenar. Anda akan dibimbing oleh fasilitator profesional yang berpengalaman luas dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan interaktif.
Menariknya, sesi pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas, Peserta turut dibawa meneroka pelbagai aktiviti luar seperti lawatan industri dan tempat bersejarah, merentas alam semula jadi, menyusuri jejak warisan, beramah mesra bersama komuniti setempat, serta menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan. Di penghujung program nanti, peserta dapat membina keyakinan diri yang lebih baik, di samping mengasah kemahiran komunikasi dan pelbagai kemahiran insaniah (soft skills) yang sangat berguna untuk masa depan.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program musim panas ini berserta modul yang ditawarkan, anda boleh terus e-mel kepada pasukan mobiliti kami di mobility@upm.edu.my.