20 April: Meet The VC With International Staff | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 20 April: Meet the VC With International Staff

20 April: Meet the VC With International Staff

SERDANG, 20 April. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Bersama Naib Canselor (Staf Antarabangsa) yang bertugas di UPM sebagai salah satu platform perkongsian dua hala antara pengurusan tertinggi universiti dan staf antarabangsa. Program berdurasi dua jam itu telah diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Kompetensi Bahasa, UPM.

Ini merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan sebagai inisiatif untuk mengumpulkan staf antarabangsa yang berkhidmat di UPM seterusnya mengeratkan hubungan dikalangan mereka dan juga pengurusan universiti amnya dan i-PUTRA khasnya.

i-PUTRA merakamkan jutaan terima kasih kepada Naib Canselor UPM, Yang Berbahagia Professor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan juga Professor Dato' Dr. Husaini Omar,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) di atas kesudian menghadiri majlis tersebut. Turut hadir sama adalah Pengarah i-PUTRA, Professor Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim dan Timbalan Pengarah i-PUTRA, Professor Madya Dr. Noritah Omar.

Seramai 61 orang staf antarabangsa telah menghadiri program tersebut dan suasana program yang santai bertemakan ‘high tea’ membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana yang mesra dan kondusif. Dr Naser Sarli, mewakili staf-staf antarabangsa UPM menyambut baik program seperti ini yang membenarkan mereka untuk bertemu, bukan sahaja sesama mereka malahan pihak pengurusan atasan UPM. Beliau menggesa rakan sejawat untuk mengambil peluang ini untuk bertemu dan berbicara dengan Naib Canselor dan tetamu kehormat yang lain. 

Program ini juga merupakan salah satu platform appresiasi staf antarabangsa yang turut sama menyumbang dalam memacukan pengantarabangsaan UPM. Naib Canselor dalam ucapannya menyampaikan ucapan terima kasih kepada komuniti antarabangsa di UPM dan menekankan kepentingan mereka untuk pertumbuhan UPM secara menyeluruh. Beliau juga berharap untuk melihat lebih banyak lagi integrasi dan interaksi antara komuniti tempatan dan antarabangsa di UPM.

Seksyen Perkhidmatan Sokongan Komuniti Antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun Mac 2018 selaras dengan keperluan semasa i-PUTRA turut diperkenalkan kepada hadirin. Seksyen ini bertanggungjawab dalam membantu pelajar antarabangsa dalam memberi maklumat dan informasi berkaitan hal ehwal pelajar, merancang dan menyediakan aktiviti bersama komuniti antarabangsa, menguruskan rumah tamu, aktiviti dan juga program serta menguruskan maklum balas pelanggan.  

 

Tarikh Input: 21/04/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEbMAc~