20 Oktober 2019 : Sukarelawan Antarabangsa @ Zoo Negara | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 20 Oktober 2019 : Sukarelawan Antarabangsa @ Zoo Negara

20 Oktober 2019 : Sukarelawan Antarabangsa @ Zoo Negara

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2019. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan sebuah aktiviti sukarelawan yang bertempat di Zoo Negara Malaysia. Aktiviti sukarelawan ini telah disertai oleh 31 orang pelajar antarabangsa, 2 orang wakil pelajar dari buddies association dan 2 orang pegawai pengiring.

Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai salah satu aktiviti sukarelawan yang boleh dijalankan dan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia

Pendaftaran pelajar bermula pada jam 7.00 pagi dan bergerak terus ke Zoo Negara Malaysia pada jam 7.15 pagi. Sejurus sampai di Zoo Negara Malaysia, taklimat ringkas diberikan kepada para peserta mengenai cara pengendalian haiwan sewaktu bertugas dan aspek keselamatan yang perlu diambil berat. Para pelajar juga diberikan kumpulan mengikut pengelasan haiwan seperti mamalia, reptilia, amfibia, reptilia dan burung.

   


Kemudian aktiviti diteruskan lagi dengan peserta bersama penjaga Zoo membersihkan kawasan kandang, memandikan haiwan dan memberi makan kepada haiwan.

 

Aktiviti ini tamat pada jam 12.30 tengah hari dan para peserta boleh bersiar-siar dengan melihat dan bermain bersama haiwan-haiwan yang lain. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar untuk bersama-sama melindungi haiwan-haiwan yang hampir pupus dan mendapatkan maklumat yang berguna untuk menjalankan aktiviti pada setiap hujung minggu. 

Tarikh Input: 06/11/2019 | Kemaskini: 06/11/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEaKA6~