24,25,27 Julai: Jom Pecut GORO 5S 2018 | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 24,25,27 Julai: Jom Pecut GORO 5S 2018

24,25,27 Julai: Jom Pecut GORO 5S 2018

SERDANG, 24, 25, 27 Julai – Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA) telah mengadakan program Jom Pecut GORO 5S 2018 selama tiga hari sebagai inisiatif untuk menambah baik keadaan dan persekitaran dalaman dan luaran pejabat i-PUTRA. Program seperti ini sering kali dianjurkan oleh i-PUTRA untuk memastikan ruang pejabat dalam keadaan yang kondusif disamping dapat memupuk semangat kerja berkumpulan, berfikiran kreatif dan inovatif.

  

Kerja-kerja penambahbaikan ruang dalam dan luar di agihkan kepada semua staff i-PUTRA Pembahagian kerja di agihkan secara sistematik dimana staf di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Staf ditugaskan untuk mencabut dan memotong rumput dan semak samun, menyapu daun-daun pokok dan ranting yang gugur. Terdapat kumpulan yang ditugaskan untuk mengecat mural, dinding dan lantai kawasan dalam dan luar i-PUTRA.

Pada pukul 1.30 petang, semua mengambil masa untuk makan tengah hari dan beristirehat seketika. Semua staf bekerjasama untuk menyediakan makanan tengah hari dan menu utama adalah mee goreng, nasi ayam penyet dan mee kari.

Selepas melepaskan lelah dan menjamu selera, kerja-kerja penambah baikan diteruskan sehingga jam 5.30 petang. Walaupun staf kelihatan letih dan penat namun begitu aktiviti gotong-royong ini berbaloi apabila output sangat memuaskan di mana kawasan sekitar dalam dan luar pejabat kelihatan berada dalam keadaan lebih kondusif.  

Tarikh Input: 02/08/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEaTA5~