8 September 2019: NISWP - Lawatan Ke Putrajaya Dan Kuala Lumpur | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » 8 September 2019: NISWP - Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur

8 September 2019: NISWP - Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 08 September 2019. Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama UPM Buddies telah mengadakan lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur bagi pelajar antarabangsa. Lawatan ini telah disertai oleh 195 orang pelajar, 22 orang UPM Buddies dan 4 orang wakil pegawai dari i-PUTRA. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kawasan sekitar yang boleh dilawati sambil mengenali Malaysia dari pelbagai sudut.

Pendaftaran pelajar bermula pada jam 8.30 pagi dan pelajar diagihkan dengan sarapan sebelum memulakan perjalanan. Perjalanan dimulakan dengan lawatan ke sekitar kampus dan sekitar kolej kediaman kemudian terus ke Putrajaya untuk melihat seni bina bangunan-bangunan pentadbiran di Malaysia. Para pelajar juga melawat Masjid Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

Kemudian aktiviti diteruskan lagi dengan bergerak ke sekitar Kuala Lumpur di mana destinasi pertama di sana adalah di Tugu Negara dan para pelajar menikmati hidangan makanan tengahari di sana, kemudian bergerak ke Muzium Negara untuk mengenali sejarah Malaysia dengan lebih dekat.

 

Lawatan ini diteruskan lagi dengan para pelajar berkunjung ke Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Masjid Jamek serta kawasan sekitarnya. Para pelajar juga boleh membeli-belah dan merasai sendiri keindahan kebudayaan Malaysia di situ.

 

 

Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar supaya lebih mudah untuk bergerak dan mendapat maklumat yang sewajarnya apabila perlu ke sekitar kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

 

Tarikh Input: 20/09/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEbAAa~