Lawatan Rasmi Delegasi Dari Ehime University, Jepun. | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » Lawatan rasmi delegasi dari Ehime University, Jepun.

Lawatan rasmi delegasi dari Ehime University, Jepun.

SERDANG, 5 Disember. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi dari Ehime University, Jepun bagi membincangkan peluang kerjasama dengan pihak UPM.

Lawatan tersebut diketuai oleh Prof. Ruth Vergin, Pengarah Bersama Ehime University. Beliau menaruh harapan supaya lebih ramai pelajar dari Ehime University memilih UPM sebagai tempat untuk menjalani program mobiliti dan juga penyelidikan.

“Kebanyakkan pelajar dari Ehime University telah dan sedang mengikuti kursus bahasa inggeris di UPM selama satu ke dua semester. Pekara ini telah menarik minat mereka untuk terus menjalani program mobiliti di UPM dalam bidang masing-masing setelah berjaya meningkatkan penguasaan bahasa inggeris,” kata beliau.

Beliau turut memperkenalkan program baharu yang akan diperkenalkan kepada pelajar pasca siswazah antarabangsa ketika menyambung pengajian mereka di Ehime University. Pelajar digalakkan untuk mengambil kelas-kelas menjurus kepada bidang perniagaan dan sebagainya sebagai salah satu langkah persediaan untuk melebarkan kerjaya di Jepun khasnya.

Pengarah i-PUTRA UPM , Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim, berharap lebih ramai pelajar dari negara matahari terbit itu dapat mengambil peluang daripada inisiatif MOU ini.

“Saya percaya, dengan kerjasama antara UPM dan Ehime University ini, bukan sahaja jumlah pelajar inbound turut meningkat malahan menarik lebih ramai pelajar UPM untuk menjalani outbound di Ehime University,” tegas beliau.

Diharapkan kerjasama MOU ini dapat menarik lebih ramai pelajar kedua-dua buah institusi untuk menjalani program mobiliti dan juga pelbagai peluang pengantarabangsaan yang lain.

Tarikh Input: 28/12/2017 | Kemaskini: 28/12/2017 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEaQA0~