Selamat Datang Pelajar Mobilti Antarabangsa Ke UPM! | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » Selamat Datang Pelajar Mobilti Antarabangsa ke UPM!

Selamat Datang Pelajar Mobilti Antarabangsa ke UPM!

SERDANG – Seramai 249 orang pelajar mobiliti dan 30 orang pelajar antarabangsa program Bacelor telah menghadiri program orientasi pelajar antarabangsa selama dua(2) hari yang dikenali sebagai New International Students Welcoming Programme yang dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program NISWP ini telah dimulakan dengan menjelajah Bandar Hilir, Melaka Bandaraya bersejarah pada 4 September 2017. Lokasi ini dipilih kerana keunikan budaya yang ada di Malaysia yang dapat dilihat di sini dan juga sebagai lokasi yang turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Para pelajar begitu teruja sewaktu menerokai Bandar Hilir kerana mereka dapat merasai keunikan makanan, bahasa disamping mempelajari sejarah kewujudan Malaysia yang pernah dikenali sebagai salah sebuah tamadun yang hebat di mata dunia iaitu Tanah Melayu.   

“Saya memilih untuk menjalani program mobiliti di Malaysia dan UPM khasnya kerana Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mempraktikkan pelbagai budaya dan fahaman disamping mempunyai pelbagai tempat menarik untuk saya terokai,” JOHN CARTER, USA.

Hari kedua program berlangsung di Dewan Besar UPM direka khas bagi menjawab persoalan dan memberi input maklumat berkaitan sumber, akademik dan perkhidmatan yang disediakan di UPM kampus Serdang. Disamping itu, program pada hari kedua ini turut memberi peluang kepada pelajar antarabangsa mobiliti khasnya mengenali kampus dan rakan pembimbing mereka yang dikenali sebagai UPM Buddies.   

“Saya berpeluang berkenalan bersama rakan-rakan mobiliti dari pelbagai negara disamping mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi dengan rakan dari latar belakang yang berbeza budaya dan fahaman,” ARAILYM YUSSUPOVA, KAZAKHSTAN.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. M Iqbal Saripan turut hadir bersama-sama mengalukan kedatangan pelajar antarabangsa ini ke UPM.

Selamat datang ke Universiti Putra Malaysia. Kami berharap anda semua dapat menimba ilmu pembelajaran dan pengalaman yang hebat di kampus ini dan Malaysia,” beliau berkata.

Diharapkan program ini dapat membantu meyampaikan maklumat yang berkaitan kepada pelajar mobiliti dan juga pelajar antarabangsa program Bacelor.

 

Tarikh Input: 12/09/2017 | Kemaskini: 12/09/2017 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEaVAN~