#BAUSnackPack | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» ARTIKEL » #BAUSnackPack

#BAUSnackPack

 

#BAUSnackPack merupakan singkatan Buddies Association UPM Snack Pack yang merupakan salah satu prosedur penting yang digariskan dalam program. #BAUSnackPack pada dasarnya adalah satu pek snek kecil yang disediaGet Acquainted’. Pek ini mengandungi makanan ringan yang dipilih sendiri oleh Local Buddy yang akan dihadiahkan kepada rakan-rakan antarabangsa mereka. Kandungan #BAUSnackPack boleh didapati dari tempat-tempat seperti pasar, gerai makanan, bahkan boleh disediakan sendiri oleh Local Buddy.

Apabila dua orang berkenalan, pertemuan pertama mungkin tidak semudah yang kita harapkan, kehadiran #BAUSnackPack dapat membantu memulakan perbualan. Perbualan ini diharapkan dapat membawa perbualan ke arah perbincangan mengenai aktiviti yang ingin dilakukan seperti lawatan atau sebarang aktiviti seperti itu. Memandangkan sesetengah orang lebih pemalu, malahan introvert, kehadiran #BAUSnackPack bertindak sebagai medium penting bagi kedua-dua pihak untuk mengatasi batasan komunikasi dan budaya yang membolehkan mereka bercakap dengan selesa mengenai isu-isu seperti menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial di UPM dan Malaysia.

Bercakap melalui pengalaman saya sendiri, saya biasanya akan mendapatkan makanan ringan dari gerai makanan ringan yang menjual snek Malaysia dari pelbagai kaum dan etnik. Makanan ringan yang biasanya saya pilih ialah Muruku Ikan atau Kerepek Ubi yang rangup dan gurih. Hal ini kerana makanan ringan ini adalah makanan ringan kegemaran saya. Apa yang paling penting adalah kedua-dua makanan ringan ini diselaputi dengan rempah atau serbuk yang pedas, seperti apa yang saya tahu, tidak semua pelajar antarabangsa gemar makanan pedas mahupun mampu menahan pedas.  

Sebelum menyampaikan #BAUSnackPack saya kepada pelajar antarabangsa saya, saya akan melabelkan makanan ringan sebagai #BAUSnackPack sebagai tanda ucapan selamat dating, di mana ia juga mewakili ucapan tulus daripada Buddies Association UPM. Semasa bertemu pertama kali, saya pasti akan mengambil beberapa gambar #BAUSnackPack dengan rakan-rakan Antarabangsa sebagai momento dan dengan harapan mereka akan berasa selesa dan disayangi di rumah saya, UPM dan Malaysia.

Ditulis oleh Cher Jia Dong, Ketua Local Buddies, Buddies Association UPM.

Tarikh Input: 26/09/2018 | Kemaskini: 06/07/2020 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZMA4~