BELAJAR DI UPM | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» ARTIKEL » BELAJAR DI UPM

BELAJAR DI UPM

Bagi mereka yang ingin memohon melanjutkan pengajian di UPM, berikut adalah sedikit gambaran keseluruhan mengenai apa yang perlu anda ketahui untuk menjadi pelajar tahun pertama:

 

Penginapan kolej

 

 

Sebelum sesi pengambilan pelajar baharu, bakal pelajar perlu memohon penginapan di UPM. Sistem kolej di UPM agak berbeza berbanding universiti lain. Terdapat 10 kolej di UPM dan pada dasarnya ia dibahagikan dengan dua; Kolej Tradisional & Kolej Swasta. Kolej tradisional ini terdiri daripada Kolej Tun. Dr Ismail (KTDI), Kolej Canselor (KC), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSSAS), Kolej Pendeta Za'aba (KPZ), Kolej ke-10, Kolej ke-13 dan Kolej ke-17. Kolej ke-17 juga dikenali sebagai Kolej Perubatan dan satu-satunya kolej yang menempatkan pelajar perubatan, kejururawatan dan veterinar.  

 

Manakala Kolej Swasta dikenali sebagai Kolej serumpun dan terdiri daripada gabungan kolej 12, 13 dan 14. Ia dinamakan kolej serumpun kerana semua blok berada di dalam satu kawasan yang sama dan ia mempunyai ketersediaan bilik yang paling tinggi di UPM. Penawaran harga bagi bilik di kolej serumpun agak murah berbanding kolej lain.

 

Ketersediaan bilik-bilik di kolej adalah satu bilik dengan dua orang, satu bilik dengan empat orang atau satu bilik hanya satu orang. Pihak kolej hanya menyediakan katil, tilam, bantal almari, meja dan kerusi belajar sahaja. Semua pelajar baharu perlu membawa kelengkapan sendiri seperti bantal, tuala, dan selimut dan lain-lain untuk kegunaan mereka.

 

Pengangkutan

 

 

Bas

Bas merupakan pengangkutan rasmi di UPM. Semua pergerakan pelajar ke fakulti, dewan kuliah, atau keluar adalah menggunakan perkhidmatan bas yang telah disediakan. Jangan lupa untuk membawa Kad pelajar bersama atau anda tidak akan dibenarkan masuk. Untuk pergi ke pengangkutan awam, pelajar mesti menaiki bas dari UPM ke KTM atau MRT. Bas UPM hanya tersedia sehingga jam 11 malam.

 

Basikal

UPM telah memulakan kempen Kampus Hijau sejak tahun 2014 yang meliputi aktiviti berbasikal di dalam kampus dan laluan khas telah disediakan untuk pelajar yang menggunakan basikal. Pihak UPM tidak menyediakan perkhidmatan basikal tetapi pelajar boleh membelinya dengan harga lebih murah daripada harga biasa dengan diberi rebat sehingga RM300.

 

Kereta/motosikal

Hanya pelajar tahun 3 ke atas sahaja yang dibenarkan untuk memandu kereta, menunggang basikal atau ingin membawa kenderaan sendiri tetapi perlu memohon pelekat kenderaan pelajar di Bahagian Keselamatan Universiti

 

Restoran

 

 

Terdapat pelbagai pilihan makanan di Kafe UPM termasuk Nasi ayam hingga ayam berempah. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan kepada pelajar iaitu harga bagi makan tengah hari di kafeteria UPM ialah RM6. Ia mungkin mahal bagi sesetengah orang tetapi disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa, ia masih boleh diterima.

 

Internet

Kemudahan internet di UPM dipanggil uSpot. uSpot boleh diakses di seluruh kampus, medan selera, perpustakaan, dan asrama. Kemudahan internet mungkin perlahan kerana jumlah pengguna yang tinggi tetapi pelajar mungkin mempunyai pilihan lain seperti melanggan data peribadi dari syarikat telekomunikasi tempatan.

 

Aktiviti di UPM

Terdapat banyak aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar seperti tarian tradisional, memanah, ekuestarian, golf, memancing, khidmat sosial dan aktiviti kadet. Pelajar sarjana perlu mempunyai kredit kokurikulum yang mencukupi untuk lulus dari universiti.

 

Walaupun pengalaman melanjutkan pengajian di UPM sangat rumit pada mulanya, tetapi ia merupakan peluang yang baik untuk pelajar meneroka persekitaran baru, budaya dan mempunyai pengalaman menginap di kolej. Di UPM, minggu orientasi dikenali sebagai Minggu Perkasa Putra dan sangat disyorkan kepada pelajar baharu untuk menghadiri minggu orientasi ini kerana ianya sangat penting kepada semua pelajar untuk mengetahui informasi berkaitan UPM.

 

 

Disediakan Oleh:
Ras Afirina Mohd Radzi
(Seksyen Jalinan Global)

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 01/08/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZGAA~