Get Acquainted | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» ARTIKEL » Get Acquainted

Get Acquainted

Belajar di luar negara bukanlah suatu perkara yang mudah terutamanya apabila anda bersendirian di negara baru yang sangat berbeza daripada negara  asal anda. Masalah bahasa, tersesat dalam mencari kelas anda dan tidak tahu lokasi makanan yang terbaik merupakan masalah yang mngkin anda hadapi. Tidakkah lebih baik sekiranya anda mempunyai kawan yang boleh menunjukkan kepada anda kawasan sekitar, membantu anda di sekitar kampus atau hanya sekadar bergaul. Kawan seperti ini akan menjadikan kehidupan di luar negara lebih mudah. Hal yang demikian merupakan apa yang ditawarkan kepada para pelajar antarabangsa yang belajar di sini di Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi program ‘Get Acquainted’  oleh Buddies Association UPM.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Get Acquainted’? Merupakan sebuah platform untuk pelajar antarabangsa bagi menjalin persahabatan dengan satu atau beberapa orang pelajar tempatan di UPM. Apabila pelajar antarabangsa memohon untuk menyertai program ini, mereka akan dipasangkan dengan Local Buddy di UPM yang akan menjadi rakan mereka dan membantu mereka sepanjang mereka di sini. Pelajar akan berpeluang untuk berkongsi dan mempelajari pelbagai adat, tradisi dan gaya hidup. Sekiranya anda seorang pelajar antarabangsa yang baru, dengan menyertai program ini, anda boleh:

  • Medapatkan bantuan dalam proses asimilasi ke kehidupan universiti baharu anda
  • Nasihat mengenai kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang terdapat di kampus
  • Ketahui lebih lanjut mengenai budaya Malaysia
  • Bertemu kawan baharu
  • Membangun rangkaian sosial anda sendiri.

 

Ahli-ahli Buddies Association UPM sentiasa bersemangat untuk bertemu dengan kenalan-kenalan baru dari seluruh dunia, menjadi rakan mereka dan membantu pelajar antarabangsa menghadapi apa sahaja masalah yang mereka hadapi.

Salah satu kenangan terbaik saya di UPM adalah apabila saya berkenalan dengan dua orang pelajar dari Brunei. Saya sangat gembira dapat bertemu dengan mereka dan menjadi rakan mereka. Mereka berdua sangat peramah dan sangat ingin tahu mengenai UPM dan Malaysia. Saya cuba menjawab soalan- soalan yang diajukan oleh mereka dan turut bertanyakan soalan kepada mereka. Meskipun saya tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk membawa mereka ke tempat-tempat yang popular dan saya tidak mempunyai wang untuk membelikan mereka hadiah yang menarik, kami masih mampu meluangkan masa dengan baik dan seronol setiap kali kami bertemu melalui usaha kami untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik dan berkongsi budaya dan pengetahuan kami. Kami juga masih dapat pergi ke destinasi popular dengan menyertai program-program yang dianjurkan oleh i-Putraataupun Buddies Association UPM.  Melalui program-program tersebut, saya dapat menunjukkan pelbagai perkara kepada mereka dan mencuba benda baru.

Tidak semua Local Buddy memiliki kereta untuk membawa rakan-rakan antarabangsa mereka ke tempat-tempat menarik atau mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan demi rakan baharu mereka. Walaubagaimanapun, program ini bukan mengenai memandu rakan antarabangsa anda yang baharu mahupun membelikan mereka hadiah yang mahal, menjadi seorang Buddy adalah untuk mencari kawan baharu seorang  kawan kita hanya perlu melayan pelajar antarabangsa sama seperti kita melayan rakan-rakan kita yang lain.

Bagaimanakah anda memohon Program ‘Get Acquainted’? Sekiranya anda seorang pelajar antarabangsa, apabila anda mengikuti program orientasi ‘New International Students Wrelcoming Program’ di mana alan terdapat kaunter yang dibuka untuk program ini. Sebaik sahaja anda menyerahkan borang anda, borang anda akan diserahkan kepada Local Buddy. Sebaik sahaja mereka telah menerima maklumat anda, mereka akan menghubungi anda dengan sewajarnya. Sekiranya anda seorang pelajar tempatan yang ingin mengambil bahagian, daftarlah sebagai Buddy dan sertailah program kami di mana anda akan diberi induksi mengenai program dan juga aktiviti-aktiviti yang lain.

Ditulis oleh Afiq Nuradli, Naib Presiden 1 Buddies Association UPM

Tarikh Input: 26/09/2018 | Kemaskini: 06/07/2020 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEUAAk~