Malaysian Culture: Eating With Your Hands! | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» ARTIKEL » Malaysian Culture: Eating with your hands!

Malaysian Culture: Eating with your hands!

Di negara-negara Asia, kebanyakan makanan dimakan dengan tangan. Walaupun negara seperti Jepun dan Korea menggunakan peralatan khas seperti penyepit dan sudu, di banyak negara seperti India, Afrika dan Timur Tengah, tangan kosong mereka adalah satu-satunya alatan yang diperlukan.

Untuk makana menggunakan tangan, kebiasaanya nya nasi, ibu jari dan hujung jari digunakan untuk mendorong sedikit nasi ke satu sisi pinggan membentuk satu timbunan. Hujung jari kemudian dibentuk menjadi bentuk sauk dan sekali lagi ibu jari digunakan untuk menolak timbunan ke dalam tangan. Untuk meletakkan makanan ke dalam mulut, angkat sudu ke bibir dan gunakan bahagian belakang ibu jari untuk menolak makanan ke dalam mulut. Tidak menjadi maslah sekiranya jari menyentuh bibir. Tetapi jangan mendorong tangan anda sehingga ke dalam mulut.

Beberapa tips yang boleh anda praktikkan apabila makan dengan tangan adalah mencuci tangan dengan teliti. Kurangnya tumpuan terhadapap kebersighan mungkin menyebabkan sakit perut, keracunan makanan dan penyebaran wabak taun. Letakkan minuman anda dalam jangkauan tangan kiri anda. Gunakan tangan kiri anda untuk minum dari cawan kerana tangan kanan akan sibuk dengan makanan dan apa-apa yang terletak di atas pinggan. Hanya gunakan tangan kanan ketika makan, menggunakan tangan kiri dianggap tidak bersh, jangal dan dalam sesetengah budaya ianya dianggap kurang sopan.

Terdapat banyak kelebihan makan dengan tangan. Menurut kitab Veda, tangan adalah organ pekerjaan yang paling berharga. Kitab ini menyatakan bagaimana setiap jari merupakan lanjutan dari lima elemen. Makan dengan jari merangsang lima elemen ini dan membantu mengeluarkan jus pencernaan dalam perut. Saraf di hujung jari kita membantu merangsang pencernaan.

Satu artikel dalam The Tribune menceritakan tentang bagaimana kita mempunyai bakteria, yang dikenali sebagai Norma Flora yang terdapat di telapak tangan dan jari. Ia tidak membahayakan manusia, malahan, ia melindungi kita daripada banyak mikrob-mikrob yang merosakkan dalam alam sekitar. Bakteria ini bermanfaat untuk kesihatan pelbagai bahagian tubuh seperti mulut, tekak, dan usus, dan ia menggalakkan penghadaman yang sihat. Mengendalikan makanan dengan jari anda mengeluarkan jus pencernaan dan enzim. Berjuta-juta saraf di hujung jari anda menyampaikan mesej yang akan anda makan, termasuk suhu makanan, tahap kepuasan dan tekstur makanan, dengan itu menyiapkan perut untuk pencernaan.

Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 06/07/2020 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEUSA6~