Mobility Students Farewell Ceremony | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» ARTIKEL » Mobility Students Farewell Ceremony

Mobility Students Farewell Ceremony

    

Dalam sekejap mata sahaja, semester pertama tahun akademik 2018/2019 sudah menghampiri penghujungnya. Hal ini bermaksud, untuk kebanyakan pelajar mobiliti, masa mereka di UPM akan berakhir. Bagi menghargai penyertaan mereka dalam program Mobiliti UPM, i-PUTRA sekali lagi Menganjurkan Majlis Perpisahan Pelajar Mobiliti (Mobility Students Farewell Ceremony). Program ini telah diadakan pada 14 Disember 2018, iaitu pada hari Jumaat kedua bulan tersebut.

Majlis kali ini bertemakan 'Batik'. Dewan dihiasi indah dengan kain Batik sementara staf wanita i-PUTRA mengenakankan kain Batik dalam menyambut para peserta. Pelajar juga diberikan Kain Batik yang berasal dari Terengganu sebagai cenderahati; Bunga telur dan kad ucapan juga diberikan bersama kain Batik tersebut.

Acara bermula dengan persembahan nyanyian opera oleh pelajar mobiliti, Jiang Shenbao. Beliau berbesar hati menyanyikan 3 lagu opera yang berbeza untuk menunjukkan tiga gaya nyanyian  opera. Untuk berkongsi rasa terima kasih UPM terhadap pelajar mobiliti, i-PUTRA diwakili oleh Pemangku Pengarah, Prof Madya Dr Noritah Omar bagi penyampaian ucapan penghargaan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingam pelajar mobiliti dalam pengantarabangsaan Universiti Putra Malaysia.

    

Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai pencuci mulut yang dihidangkan dalam suasana minum petang. Selain daripada pencuci mulut moden, para tetamu juga dihidangkan dengan beberapa pencuci mulut tradisional tempatan, antaranya termasuklah Keria dan Roti Jala. ‘Minuman kebangsaan’  Malaysia  Teh Tarik bersama Sirap Selasih sebagai pilihan minuman.

Salah seorang pelajar mobiliti telah berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya semasa di UPM. Mizuki Noda menyampaikan ucapan yang menceritakan tentang kehidupannya di Malaysia. Dia berkongsi rasa terima kasihnya kepada individu-individu yang menyambutnya dengan tangan terbuka. Acara turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan lain. Dua ahli Buddies Association UPM dan seorang pelajar mobiliti, Christopher Schiller, tampil mempersembahkan lagu bertajuk 'Cant Stop Falling in Love'. Selain itu Zhao Wenyan, seorang pelajar mobiliti, membuat persembahan alat muzik Papan Nada sambil diiringi rakan sekelasnya dari program Sarjana Muda Muzik.

  

Semua pelajar yang hadir dianugerahkan dengan sijil sebagai bukti pembabitan mereka sebagai pelajar mobiliti di UPM. Setiap sijil telah disampaikan kepada mereka oleh Pemangku Pengarah i-PUTRA dalam upacara yang mengikuti standard Upacara Konvokesyen UPM. Acara yang diadakan di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam ini berakhir sekitar jam 5 petang dengan sesi fotografi yang disertai oleh 130 pelajar yang hadir dan bersama semua tetamu jemputan.

 

Tarikh Input: 03/01/2019 | Kemaskini: 06/07/2020 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEYRAU~